Sharifah Darmia Sharif Adam (2022) Signifikan kerjasama kebahasaan antara Malaysia dan Indonesia pada tahun 1959 dalam pengukuhan bahasa kebangsaan.
Text
ABSTRACT.pdf Download (40kB) |
|
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (281kB) | Request a copy |
Abstract
Kertas kerja ini membincangkan signifikan kerjasama kebahasaan antara Malaysia dan Indonesia pada tahun 1959 dalam pengukuhan bahasa kebangsaan di negara ini. Pada 31 Ogos 1957, semenanjung Malaysia atau ketika itu Persekutuan Tanah Melayu (PTM) telah mencapai kemerdekaan. Selaras dengan itu, dalam Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditetapkan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan bagi PTM. Namun, sebagai sebuah negara yang baru mendapat kebebasan daripada belenggu pentadbiran penjajah British dan ditambah dengan kepelbagaian etnik masyarakatnya menyebabkan pelbagai usaha dilakukan untuk mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang. Antara langkah penting yang diambil oleh kerajaan adalah melaksanakan kerjasama kebahasaan dengan Indonesia. Namun, persoalannya adalah mengapakah walaupun selepas mencapai kemerdekaan pengunaan dan tahap penguasaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang masih berada di tahap yang rendah. Oleh itu, kajian ini akan merungkai sejauhmanakah signifikan kerjasama kebahasaan antara Malaysia dan Indonesia pada tahun 1959 itu dapat mengukuhkan lagi kedudukan bahasa kebangsaan. Kajian kertas kerja ini menggunakan pendekatan analisis kualitatif, menggunakan kaedah kajian arkib dan kajian perpustakaan iaitu dengan menganalisis pelbagai sumber primer dan sekunder seperti akhbar, majalah, buku dan artikel untuk memperoleh sumber maklumat kajian. Kajian ini akan menghasilkan satu analisis yang dapat memberi kefahaman yang lebih jelas tentang peranan kerjasama kebahasaan khususnya dengan negara jiran iaitu Indonesia terhadap pengukuhan bahasa kebangsaan di negara ini. Pengenalpastian impak kerjasama kebahasaan dan cabaran yang dihadapi akan membolehkan perancangan strategi yang dapat mengukuhkan lagi bahasa kebangsaan di Malaysia.
Item Type: | Proceedings |
---|---|
Keyword: | Bahasa Melayu, Bahasa kebangsaan, Kerjasama kebahasaan, Malaysia dan Indonesia |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL1-8844 Languages of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5001-7511 Languages of Oceania > PL5001-7101 Austronesian, Papuan, and Australian languages > PL5051-5497 Malayan (Indonesian) languages |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 01 Nov 2024 09:16 |
Last Modified: | 01 Nov 2024 09:16 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41686 |
Actions (login required)
View Item |