Peralihan bahasa dalam kalangan generasi muda murut di Keningau, Sabah: rumusan faktor-faktor dini

Saidatul Nornis Hj. Mahali and Aishah Tamby Omar and Aini Janteng (2022) Peralihan bahasa dalam kalangan generasi muda murut di Keningau, Sabah: rumusan faktor-faktor dini.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (42kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (306kB)

Abstract

Masyarakat Murut di Keningau merupakan salah satu etnik di Pedalaman Sabah. Dalam beberapa kajian lepas, banyak bahasa etnik di Sabah dilaporkan berdepan dengan isu keterancaman bahasa akibat arus pemodenan. Oleh itu, kertas ini bertujuan untuk memaparkan faktor peralihan bahasa yang berlaku dalam kalangan masyarakat Murut berasaskan generasi. Kajian ini mengaplikasi Kerangka Domain dan Pilihan Bahasa yang diperkenalkan oleh Fishman (1972). Seramai 23 orang remaja etnik Murut yang berusia 10- 19 tahun telah dipilih sebagai responden kajian. Data diperoleh melalui borang soal selidik yang mengandungi dua bahagian, iaitu demografi dan faktor peralihan bahasa. Memandangkan ini adalah kajian kuantitatif, maka data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 27. Hasil kajian mendapati peralihan bahasa telah berlaku dalam kalangan penutur remaja etnik Murut kerana setiap hari mereka bertembung dengan individu berbeza. Selain itu, didapati bahasa Ibunda dan dialek Melayu Sabah merupakan pilihan bahasa utama dalam kalangan generasi muda Murut ketika berkomunikasi sesama ahli keluarga. Manakala, dialek Melayu Sabah merupakan bahasa diguna ketika berkomunikasi dalam domain persahabatan. Senario sama dipaparkan melalui domain pendidikan, yakni dialek Melayu Sabah sebagai pilihan generasi muda etnik Murut untuk berkomunikasi dengan rakan sekolah. Daripada dapatan analisis, ia jelas menunjukkan bahawa generasi muda etnik Murut akan “menukar” penggunaan bahasa mengikut keperluan atau persekitaran mereka. Walaupun kini dialek Melayu Sabah kerap diguna dalam kalangan penutur remaja Murut, namun mereka masih mempunyai tanggapan positif terhadap bahasa Ibunda dan daya tahan bahasa Murut sebagai bahasa Ibunda masih utuh dan berada di tahap yang selamat.

Item Type: Proceedings
Keyword: Dialek Melayu Sabah, Peralihan bahasa, Keningau, Sabah, Murut, Pilihan bahasa
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL1-8844 Languages of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5001-7511 Languages of Oceania > PL5001-7101 Austronesian, Papuan, and Australian languages > PL5051-5497 Malayan (Indonesian) languages
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 01 Nov 2024 09:17
Last Modified: 01 Nov 2024 09:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41694

Actions (login required)

View Item View Item