Pola ayat bahasa rumpun dusunik dalam penulisan dan komunikasi lisan

Rozita binti Buyoh and Caroline L Loven and Johan Severinus Tati and Wong, Jane Kon Ling (2022) Pola ayat bahasa rumpun dusunik dalam penulisan dan komunikasi lisan.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (37kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (296kB)

Abstract

Setiap bahasa di dunia mempunyai pola ayat yang tersendiri. Rumpun bahasa Dusunik juga mempunyai susunan pola ayatnya yang tersendiri. Bahasa Dusunik merupakan rumpun bahasa pribumi yang terbesar di Sabah dan mempunyai sekurang-kurangnya 13 jenis bahasanya yang utama. Sesetengah dialek dalam rumpun bahasa Dusunik seperti dialek Tangara, dialek Bundu dan dialek Liwan telahpun digunakan dalam penulisan mahupun dalam media elektronik. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti pola ayat bahasa Dusunik dalam bentuk penulisan serta mengenal pasti pola ayat dalam bentuk komunikasi lisan. Kajian ini dilaksanakan melalui analisis dokumen ke atas beberapa teks yang dipilih daripada teks cerita rakyat dan petikan yang terdapat dalam buku teks bahasa Kadazandusun. Selain itu, data lapangan dikutip daripada komunikasi lisan penutur natif dialek Tangara, dialek Bundu dan dialek Liwan. Data kajian ini dianalisis menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah teori linguistik struktural. Data kajian akan dipersembahkan secara analisis deskriptif merangkumi setiap pola ayat yang terdapat dalam bentuk bertulis dan dalam bentuk komunikasi lisan. Perbincangan dan huraian akan berfokus kepada susunan dan binaan sturuktur sintaksis yang terdapat dalam kedua-dua sumber data. Signifikan kajian ini adalah untuk menambah kajian linguistik di Sabah serta dapat menyokong pemuliharaan bahasa pribumi

Item Type: Proceedings
Keyword: Pola Ayat, Bahasa Rumpun Dusunik
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL1-8844 Languages of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5001-7511 Languages of Oceania > PL5001-7101 Austronesian, Papuan, and Australian languages > PL5051-5497 Malayan (Indonesian) languages
Department: INSTITUTE > Borneo Institute for Indigenous Studies
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 01 Nov 2024 09:17
Last Modified: 01 Nov 2024 09:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41699

Actions (login required)

View Item View Item