Perkembangan keusahawanan kraf tradisional skala kecil di pantai barat utara dan pedalaman Sabah

Siti Aidah Hj. Lukin @ Lokin and Suraya Sintang and Zuraidah Jamrin (2022) Perkembangan keusahawanan kraf tradisional skala kecil di pantai barat utara dan pedalaman Sabah.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (40kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (191kB)

Abstract

Kraf tradisional di Sabah mempunyai keunikan tersendiri kerana kraf yang dihasilkan berlatarkan budaya etnik yang berbeza-beza seperti Dusun, Murut, Bajau, Rungus dan lain-lain lagi yang mewakili daerah masing-masing. Kraf tradisional terus berkembang selari dengan keperluan semasa khususnya dalam bidang pelancongan di samping keperluan kraf yang berkaitan dengan amalan budaya masyarakat tempatan. Kertas kerja ini cuba memfokus perbincangan tentang perkembangan keusahawanan kraf tradisional skala kecil di Pantai Barat Utara Sabah (daerah Kota Belud, Kota Marudu dan Kudat) dan Pedalaman Sabah (daerah Keningau, Tenom dan Kuala Penyu). Data kajian diperoleh daripada kajian lapangan yang dilaksanakan di daerah-daerah yang terlibat. Temu bual secara mendalam dijalankan bersama informan iaitu daripada kalangan para pengusaha kraf tradisional di daerah berkenaan. Hasil kajian mendapati bahawa keusahawanan kraf tradisional menunjukkan perkembangan yang baik dan menggalakkan di daerah kajian. Daripada kegiatan keluarga secara kecilkecilan, penghasilan kraf tradisional terus berkembang menjadi kegiatan komuniti kampung. Permintaan yang tinggi terhadap kraf tradisional ini menyebabkan para pengusaha kraf memperolehi pendapatan yang agak lumayan dan dapat membuka peluang pekerjaan dalam kalangan penduduk kampung yang terlibat membantu dalam proses menghasilkan kraf. Para pengusaha kraf tradisional juga melalui detik hitam ketika berlakunya Pandemik Covid-19 kerana telah menyebabkan pendapatan mereka terjejas teruk. Namun hikmah di sebalik Pandemik Covid-19 telah membuka ruang kepada para pengusaha kraf tradisional meneroka pengalaman baharu, mempelbagaikan rekaan kraf dan mempelajari kaedah pemasaran secara atas talian. Kraf tradisional terus berkembang kerana kegigihan para pengusaha yang terus menghasilkan kraf bagi memenuhi keperluan yang berkaitan dengan amalan budaya masyarakat tempatan di samping galakan daripada agensi-agensi yang berkaitan dengan penghasilan kraf bagi memenuhi permintaan dalam bidang pelancongan di Sabah khususnya dan Malaysia amnya.

Item Type: Proceedings
Keyword: Kraf tradisional, Amalan budaya, Masyarakat tempatan, Industri pelancongan
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
N Fine Arts > NK Decorative arts > NK1-(9990) Decorative arts
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 01 Nov 2024 09:22
Last Modified: 01 Nov 2024 09:22
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41705

Actions (login required)

View Item View Item