Nordi Achie (2022) Berhala moden dalam batang tubuh umat islam: introspeksi inklusif dan iktibar inspiratif.
Text
ABSTRACT.pdf Download (40kB) |
|
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (282kB) | Request a copy |
Abstract
Jiwa dan minda umat Islam dewasa ini terlalu cacamarba. Puncanya, mereka malas membaca, walhal wahyu suci yang pertama dititipkan ialah iqra’. Kedua, mereka pandai belajar, tetapi bodoh berfikir. Ketiga, mereka berani bercakap (lebih-lebih lagi di belakang), namun bacul bertindak – banyak lagi punca yang lain. Ini merupakan wabak buta hati: Iblisme yang menjalar dalam batang tubuh umat Islam dan berhala moden sembahan manusia yang mengaku beriman kepada Tuhan Maha Esa. Kendatipun umat Islam turut mempunyai pelbagai kelebihan, namun terselindung di sebaliknya watak korupsi budi. Dwiwabak berbahaya ini merupakan berhala moden dalam diri umat Islam (merangkumi seluruh lapisan masyarakat secara umumnya): korupsi bendawi dan korupsi kuasa yang telah membusuk sehingga ke usus kehidupan mereka. Hakikat pahit ini tidaklah perlu dinafikan lagi. Mereka sendiri menjadi cebelan masyarakat non-Muslim kerana umat Islam telah rosak, bahkan lebih merosakkan berbanding makhluk perosak. Perlu ditegaskan, bukan semua umat Islam terjerumus dalam talbis (perangkap) Iblisme, tetapi di mana-mana pun mereka berada dewasa ini (dengan pengecualian tertentu, tidak membabitkan setiap individu mukmin), umat Islam gagal berperanan sebagai umat terbaik yang diutuskan kepada bangsa manusia. Mereka bukan lagi sumber inspirasi dan tugu teladan buat Bani Adam seluruhnya. Betapapun demikian, selagi keimanan luhur masih terhunjam dalam diri umat Islam, mereka tidak harus membiarkan wabak buta hati bermaharajalela di muka bumi ini, seperti bendulisme, munafikisme, hasadisme, bebalisme, firaunisme, bobrokisme dan bapukisme.
Item Type: | Proceedings |
---|---|
Keyword: | Iqra, Berhala moden, Bendulisme |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General) |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 01 Nov 2024 09:28 |
Last Modified: | 01 Nov 2024 09:28 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41716 |
Actions (login required)
View Item |