Abdul Hair Beddu Asis (2022) Isu kesihatan scavenger di tapak pelupusan Kayu Madang Kota Kinabalu, Sabah Malaysia.
Text
ABSTRACT.pdf Download (38kB) |
|
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (180kB) |
Abstract
Jumlah sampah yang tidak terkawal dan kesukaran untuk mencari kawasan tapak pelupusan baru menjadikan program kitar semula sebagai salah satu cara untuk menyelesaikan masalah sampah di Sabah. (Abdul Hair, 2021). Antara pemain utama yang menjalankan aktiviti ini adalah golongan Scavengers. Faktor penglibatan mereka dalam aktiviti tersebut adalah disebabkan kesukaran mendapatkan pekerjaan di kawasan bandar kerana latar belakang pendidikan mereka. Namun pelbagai risiko kesihatan dihadapi golongan ini kerana kawasan tapak pelupusan merupakan kawasan berbahaya. Oleh Kajian ini cuba menjawab persoalan apakah masalah kesihatan yang dihadapi oleh scavengers di kawasan kajian dan apakah peralatan perlindungan yang digunakan semasa aktiviti dijalankan. Pemerhatian dan soal selidik digunakan untuk mendapatkan data yang relevan bagi menjawab persoalan kajian. Sebanyak 39 responden telah ditemu bual semasa kajian ini. Kajian ini mendedahkan bahawa scavengers menghadapi masalah kesihatan yang serius kerana pendedahan berterusan mereka kepada persekitaran tapak pelupusan. Ini termasuk pendedahan langsung kepada gas berbahaya di tapak pelupusan seperti metana dan karbon dioksida. Oleh itu isu ini perlu menjadi perhatian pihak berkuasa. Sumbangan scavengers dalam mengurangkan jumlah sisa di tapak pelupusan adalah penting. Oleh itu kerajaan harus memberi tumpuan kepada golongan ini terutamanya menyediakan penjagaan kesihatan dan juga perlindungan undang-undang terhadap mereka. Selain itu, pihak berkuasa tempatan perlu memikirkan kaedah terbaik untuk melindungi golongan ini agar isu kelestarian tapak pelupusan seiring dengan kesejahteraan scavengers di kawasan tersebut.
Item Type: | Proceedings |
---|---|
Keyword: | Kesihatan, Scavengers, Tapak pelupusan, Kelestarian alam sekitar |
Subjects: | R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > TD1-1066 Environmental technology. Sanitary engineering > TD783-812.5 Municipal refuse. Solid wastes |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 01 Nov 2024 09:29 |
Last Modified: | 01 Nov 2024 09:29 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41720 |
Actions (login required)
View Item |