Patriotisme bahasa dan bahasa patriotik: kontraversi, kontroversi dan kontradiksi

Nordi Achie (2024) Patriotisme bahasa dan bahasa patriotik: kontraversi, kontroversi dan kontradiksi.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (37kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (249kB)

Abstract

Kertas ini menggarisbawahi tiga objektif. Pertama, meluruskan kekeliruan dan kekaburan mengenai konsep bahasa kebangsaan. Kedua, mendedahkan kelemahan dasar pendidikan kebangsaan pasca-13 Mei 1969. Ketiga, mengajukan kritikan selektif terhadap konsepsi mengenai bangsa Malaysia. Kesemua objektif ini bertaut dengan gagasan pembentukan bangsa Malaysia yang sentiasa menarik minat dan perhatian para sarjana, khasnya sejarawan, linguistikologis dan saintis politik. Penulis akan mencerakin topik ini dengan menggunakan pendekatan kritikan kesejarahan, di samping menujahkan tuas kritikan berlunaskan falsafah dan disiplin ilmu sejarah, tanpa terikat dengan teori sains sosial, linguistik dan data kuantitatif. Menerusi bahagian tertentu, ikuti kupasan berikutnya, penulis akan berhujah dengan data primer dan pengalaman empirikal ketika berdepan dengan realiti pemikiran mahasiswa dan mahasiswi universiti. Hasil wacana kerdil ini menegaskan (i)dasar dan sistem pendidikan Malaysia sehingga kini masih berada di atas landasan yang salah iaitu bersifat kolonial dan rasial, (ii)pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan terus diabaikan, namun berkecamuk dengan budaya rencehan yang merancukan identiti nasional dan (iii)pemikiran politikus dan rakyat Malaysia masih dijajah (neokolonialisme) selagi mereka masih berkiblatkan kuasa penjajah Barat. Jasad merdeka, jiwa terpenjara.

Item Type: Proceedings
Keyword: Bahasa, Bangsa Malaysia, Patriotisme, Perpaduan Nasional
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL1-8844 Languages of Eastern Asia, Africa, Oceania
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL1-8844 Languages of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5001-7511 Languages of Oceania > PL5001-7101 Austronesian, Papuan, and Australian languages > PL5051-5497 Malayan (Indonesian) languages
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 05 Nov 2024 12:41
Last Modified: 05 Nov 2024 12:41
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41742

Actions (login required)

View Item View Item