Naratif beat dalam struktur penceritaan filem aksi

Rosli Sareya (2019) Naratif beat dalam struktur penceritaan filem aksi. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (804kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (17MB)

Abstract

Kajian ini merungkai pembentukan dan kepentingan penggunaan elemen beat dalam babak satu, babak dua dan babak tiga dalam sesebuah filem aksi. Penggunaan elemen beat bertujuan untuk meningkatkan tahap intensiti adegan-adegan yang boleh menarik perhatian audien. Tahap intensiti yang bersesuaian dengan durasi tertentu dalam sesebuah adegan aksi, mampu menimbulkan emosi keterujaan dan cemas kepada audien. Analisis beat tersebut menggunakan pendekatan model yang diperkenalkan oleh Blake Snyder‘s (2005) yang merangkumi 15 elemen beat. Elemen beat tersebut terdiri daripada opening image, theme stated, set up, catalyst, debate, break into two, b story, fun & games, mid point, bad guys close in, all is lost, dark night of the soul, break into three, finale dan final image. Seterusnya pengkaji menggunakan instrument electroencephalograph biopac (eeg biopac) bagi menentukan ketepatan beat dalam sesebuah adegan dan tahap intensity yang terbentuk serta durasi beat menerusi penontonan sampel terpilih. Selain itu, menerusi dapatan kajian, pengkaji juga membincangkan penggunaan elemen naratif dan bahasa filem yang digunakan oleh pengarah dalam menvisualisasikan setiap adegan beat pada filem aksi terpilih. Elemen naratif merangkumi premis dan tema, watak, plot dan subplot, konflik, latar masa dan tempat, sudut pandang (pov) dan akhir sekali adalah simbol. Manakala penggunaan bahasa filem merangkumi audio, syot, teknik penyuntingan dan aspek mise en scene yang akan menjadikan intensiti penceritaan sesebuah filem aksi lebih tinggi. Seterusnya menjadikan struktur penceritaan sesebuah filem aksi menjadi hebat dan menarik perhatian audiens. Akhir sekali, kajian ini mampu memberikan sumbangan yang baik terhadap industri perfileman di Malaysia khusunya dalam penghasilan sesebuah filem aksi.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Struktur naratif, Intensiti, Elemen naratif, Elemen beat, Bahasa filem, Electroencephalograph biopac
Subjects: T Technology > TR Photography > TR1-1050 Photography > TR845-899 Cinematography. Motion pictures
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 29 Nov 2024 12:52
Last Modified: 29 Nov 2024 12:52
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41781

Actions (login required)

View Item View Item