Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan konflik etnik. Kajian kes : Bosnia-Herzegovina

Kornelius Garangon (2011) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan konflik etnik. Kajian kes : Bosnia-Herzegovina. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (344kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menyelesaikan konflik etnik yang berlaku di Bosnia-Herzegovina dari tahun 1992 sehingga 21 November 1995. Teori kepentingan nasional dan kepentingan kolektif telah digunakan untuk menilai kesannya ke atas penglibatan dan peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menyelesaikan konflik etnik ini disamping menilai kepentingan teori yang lebih dominan dalam menjelaskan penglibatannya dalam konflik ini. Kajian ini ditulis berasaskan sumber sekunder berhubung isu ini. Hasil analisis kajian ini menunjukkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai badan penjaga keamanan dan kestabilan dunia telah dikritik daripada masyarakat antarabangsa kerana lambat campur tangan dalam menyelesaikan konflik etnik ini. Konflik etnik di Bosnia-Herzegovina melibatkan tiga etnik utama iaitu etnik Serb Bosnia (Kristian Ortodox), etnik Croat (Roman Katolik) dan etnik Islam Bosniak (Islam). Retak di Yugoslavia bermula selepas kematian Tito pada tahun 1980. Konflik ini berlaku ekoran perebutan kuasa khususnya diantara etnik Islam Bosniak dan etnik Serb dalam perjuangan pembentukan negara merdeka di Bosnia-Herzegovina. Kegiatan pembersihan etnik yang dilancarkan oleh etnik Serb ke atas etnik Islam Bosniak dan Croat telah mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan North Atlantic Treaty Organizations campur tangan untuk menamatkan konflik ini. Konflik etnik ini telah ditamatkan dengan perjanjian Dayton diantara ketiga-tiga pihak pada 21 November 1995 yang di tandatangani di Amerika Syarikat. Kajian ini menunjukkan kepentingan kolektif dalam menyelesaikan konflik etnik ini tidak dapat dilaksanakan secara efektif kerana secara dasarnya ia bercanggah dengan kepentingan nasional negara-negara kuasa besar dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terutamanya negara Amerika Syarikat. Secara relatifnya, penyelesaian konflik etnik di Bosnia-Herzegovina telah mengambil masa yang agak lama untuk diselesaikan kerana percanggahan antara kepentingan kolektif dan kepentingan nasional. Justeru, penglibatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menyelesaikan konflik etnik ini agak kurang berkesan dan dapat dilihat sebagai gagal.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Konflik etnik, Bosnia-Herzegovina
Subjects: J Political Science > JZ International relations > JZ5-6530 International relations > JZ4835-5490 International organizations and associations > JZ4850-5490 Intergovernmental organizations. IGOs > JZ4935-5160 United Nations
Department: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 29 Nov 2024 12:53
Last Modified: 29 Nov 2024 12:53
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41789

Actions (login required)

View Item View Item