Pengaruh kuasa hegemoni Amerika Syarikat ke atas hubungan Malaysia-China 1959-1989

Asrin Siluah (2013) Pengaruh kuasa hegemoni Amerika Syarikat ke atas hubungan Malaysia-China 1959-1989. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (349kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Selepas Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat telah menjadi sebuah kuasa hegemoni yang berupaya mempengaruhi dan memberi kesan dalam sistem antarabangsa. Tindakan dan tingkahlaku hegemoni berupaya mewujudkan konflik, peperangan, bantuan dan kerjasama politik, ekonomi, keselamatan mahupun sosial. Lawatan Presiden Nixon ke China pada tahun 1972 telah membuka lembaran baru dalam hubungan kedua-dua buah negara walaupun hubungan diplomatik tidak dijalinkan sebelum ini. Hasil daripada lawatan ini, kerjasama yang lebih erat dijalinkan dengan kemasukan pelaburan, kerjasama ekonomi dan perbincangan isu politik bagi kepentingan kedua-dua buah pihak. Segala tindakan yang dilakukan oleh sebuah negara kuasa hegemoni turut mempengaruhi negara-negara kecil seperti Malaysia untuk menjalankan dasar yang selari dengan tindakan kuasa hegemoni Amerika Syarikat. Malaysia juga turut menjalinkan hubungan politik dengan China pada tahun 1974 yang merupakan kesan positif daripada hubungan yang yang dicapai antara Amerika Syarikat dan China pada tahun 1972. Kesan daripada hubungan Malaysia-China ini telah membawa kepada pelbagai kerjasama dalam bidang ekonomi, politik mahupun sosial antara kedua-dua buah negara. Hubungan bilateral Malaysia-China ini adalah sangat penting dan ia membuktikan pengaruh hegemoni Amerika Syarikat ke atas hubungan Malaysia-China.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat, Kuasa hegemoni
Subjects: J Political Science > JZ International relations > JZ5-6530 International relations > JZ1305-2060 Scope of international relations. Political theory. Diplomacy
Department: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 04 Dec 2024 15:25
Last Modified: 04 Dec 2024 15:25
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41826

Actions (login required)

View Item View Item