Pola kegunaan dan kepuasan penggunaan akhbar dalam kalangan remaja di Pantai Barat Sabah

Aisah Meri (2013) Pola kegunaan dan kepuasan penggunaan akhbar dalam kalangan remaja di Pantai Barat Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (261kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Pola penggunaan akhbar dalam kalangan remaja di Sabah merupakan sesuatu yang menarik untuk diselidiki khususnya melihat industri persuratkhabaran di Sabah yang kian berkembang. Kajian ini mempersembahkan pola kegunaan dan kepuasan penggunaan akhbar dengan menggunakan survei ke atas 270 remaja di sekitar Pantai Barat Sabah berpandukan kepada teori kegunaan dan kepuasan (U&G). Hasil dapatan kajian mendapati keperluan utama yang mendorong remaja Sabah untuk mengakses akhbar adalah keperluan kognitif, komunikasi dan penyepaduan sosial. Data juga menunjukkan remaja kerap menggunakan akhbar untuk pembelajaran, memperolehi bahan yang sukar diperolehi di tempat lain dan pencarian maklumat. Sementara itu, kepuasan yang paling tinggi diperolehi remaja ini adalah perbincangan interpersonal, pengawasan dan motivasi. Kajian mendapati dalam situasi kaya media pada hari ini, akhbar begitu utuh dengan peranan dan fungsinya serta masih diterima dalam kalangan remaja walaupun terpaksa bersaing dengan media lain.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Akhbar, Remaja, Sabah
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1-6790 Literature (General) > PN4699-5650 Journalism. The periodical press, etc.
Department: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 09 Dec 2024 15:33
Last Modified: 09 Dec 2024 15:33
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41845

Actions (login required)

View Item View Item