Ab Nasir Roslan (2013) Sejarah pengurusan kewangan British North Borneo Chartered Company (BNBCC) di Borneo Utara, 1881-1941. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (782kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (14MB) |
Abstract
Kajian ini membincangkan aspek pengurusan kewangan dari perspektif sejarah ekonomi. Pengurusan kewangan yang dibincangkan adalah berdasarkan perlaksanaan amalan pengurusan kewangan British North Borneo Chartered Company (BNBCC) yang mentadbir Borneo Utara dari tahun 1881 sehingga 1941. Pentadbiran BNBCC selama 60 tahun telah membawa banyak perubahan dalam pentadbiran dan pembangunan prasarana khususnya dalam aktiviti pengurusan kewangan. Ini kerana pengurusan kewangan merupakan elemen utama yang berperanan signifikan menunjangi kelangsungan operasi kerajaan ataupun organisasi perniagaan. Kajian ini disempurnakan dengan mengaplikasikan kaedah kualitatif dengan menelaah sumber primer sebagai bahan utama yang terdiri daripada fail pentadbiran dan laporan kewangan BNBCC yang diperolehi di Arkib Negeri Sabah. Selain itu, untuk mengukuhkan perbincangan dalam kajian ini, interpretasi dilakukan dari penulisan mengenai BNBCC dan Borneo Utara yang didapati melalui buku, artikel dan kertas persidangan. Sehubungan itu, kewujudan pengurusan kewangan adalah salah satu faktor kelangsungan pentadbiran BNBCC di Borneo Utara sehingga dikatakan sebagai kompeni British yang lama bertahan berbanding kompeni British yang lain.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Borneo Utara, BNBCC, Pengurusan kewangan |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo |
Department: | SCHOOL > School of Social Sciences |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 10 Dec 2024 10:46 |
Last Modified: | 10 Dec 2024 10:46 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41857 |
Actions (login required)
View Item |