Instrumen ujian pemikiran sains keusahawanan untuk murid Sekolah Rendah

Nur Hanis Sofiyah Mohamad Tawpik and Siew Nyet Moi @ Sopiah Abdullah (2023) Instrumen ujian pemikiran sains keusahawanan untuk murid Sekolah Rendah. International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC), 8. pp. 1-17. ISSN 0128-164X

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (41kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (385kB) | Request a copy

Abstract

Instrumen Ujian Pemikiran Sains Keusahawanan (UPSK) telah dibina untuk mengukur pemikiran sains keusahawanan pelajar Tahun Lima di sekolah rendah. UPSK direka berdasarkan keperluan pemikiran keusahawanan dalam pembelajaran. Kajian ini bertujuan menentukan kualiti instrumen UPSK melalui kesahan dan kebolehpercayaan instrumen UPSK melalui Model Pengukuran Rasch. UPSK mengandungi konstruk pemerhatian, idea baharu, inovasi, kreativiti, dan nilai ditekankan dalam soalan-soalan tersebut. Sampel terdiri daripada 30 orang pelajar yang berusia 11 tahun dari sekolah-sekolah bandar di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Metodologi kajian adalah menggunakan soal selidik dan hasil kajian diukur menggunakan perisian WINSTEP. Hasil analisis kesahan mendapati polariti item melalui nilai PTMEA-Corr menunjukkan bahawa kesemua 10 item berada >0.00 (+). Melalui analisis kesesuaian item, semua item masih dikekalkan kerana memenuhi syarat dalam salah satu julat outfit MNSQ, Outfit ZSTD dan PTMEA- Corr. Kebolehpercayaan Cronbach Alpha (KR-20) menunjukkan nilai 0.81 (sangat tinggi), kebolehpercayaan item 0.97 (cemerlang) dan responden 0.80 (baik) dengan nilai pengasingan item 5.33 (baik) dan responden 2.00(baik). Kesimpulannya, UPSK mempunyai kesahan yang baik dan kebolehpercayaan yang tinggi dalam mengukur pemikiran sains keusahawanan dalam kalangan pelajar tahun lima di sekolah rendah di Sabah.

Item Type: Article
Keyword: Kesahan, Kebolehpercayaan, Pemikiran Sains Keusahawanan, Perisian WINSTEP, Model Pengukuran Rasch
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF38-64 Philosophy. Relation to other topics
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP174-190 The practice of Islam > BP184-184.9 Religious ceremonies, rites, etc.
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 12 Nov 2024 09:51
Last Modified: 12 Nov 2024 09:51
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41862

Actions (login required)

View Item View Item