Ros Aiza Mohd Mokhtar and Abd Hakim Mohad and Saifulazry Mokhtar and Sabariah Abd Rahim and Mohammad Wazir Shafie Aliasah (2023) Sistem kepimpinan orang asli semelai di Kampung orang asli (KOA) Sungai Lui, Jempol. International Journal of Law, Government and Communication (IJLGC), 8. pp. 178-188. ISSN 0128-1763
Text
ABSTRACT.pdf Download (38kB) |
|
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (189kB) | Request a copy |
Abstract
Suku Semelai merupakan salah satu suku kaum Orang Asli dari puak Melayu Proto yang terdapat di Negeri Sembilan dan Pahang. Penempatan mereka di Negeri Sembilan adalah di Kampung Orang Asli Sungai Lui dan Kampung Orang Asli Sungai Sampo di Jempol. Manakala, sebahagian mereka tinggal di beberapa Kawasan di Bera, Pahang. Sebahagian besar masyarakat ini masih berpegang kepada kepercayaan animisme, manakala sebahagian kecil pula telah memeluk agama Islam semenjak tahun 1990an. Makalah ini akan membincangkan sistem kepimpinan yang diamalkan dalam masyarakat Semelai serta peranan dan fungsi pemimpin (yang disebut sebagai Tok Batin) dalam masyarakat ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan cara mendapatkan data melalui temu bual informan penting di Kampung Orang Asli Sungai Lui, Jempol. Seterusnya data dianalisis secara deskriptif interpretif. Kajian mendapati sistem kepimpinan dalam masyarakat ini bercirikan tradisonal dan moden kerana telah diwarisi daripada nenek moyang mereka dan dalam masa yang sama turut terikat dengan sistem moden yang diperkenalkan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli. Dalam hal ini, Tok Batin mempunyai peranan yang besar termasuklah menjadi wakil Jabatan Kemajuan Orang Asli dalam pentadbiran kampung serta menjadi rujukan dan penyelesai masalah dalam hal adat resam masyarakat mahupun hal-hal sosial.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Budaya, Jabatan Kemajuan Orang Asli, Kepimpinan, Orang Asli, Semelai, Sungai Lui |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements H Social Sciences > HM Sociology (General) > HM(1)-1281 Sociology > HM621-656 Culture |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 13 Nov 2024 14:46 |
Last Modified: | 13 Nov 2024 14:46 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41880 |
Actions (login required)
View Item |