Nordi Achie (2023) Wacana diskursif dalam pensejarahan islam: penilaian kritis terhadap pemikiran mohd. Asri zainul abidin dalam pertelingkahan para sahabat nabi – antara ketulenan fakta dengan pembohongan sejarah. Jurnal Kinabalu, 29. pp. 1-22. ISSN 2600-867X
Text
ABSTRACT.pdf Download (45kB) |
|
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (411kB) | Request a copy |
Abstract
Artikel ini bertujuan untuk memberikan penilaian semula (secara terpilih) terhadap pemikiran Mohd. Asri Zainul Abdin dalam bukunya, Pertelingkahan Para Sahabat Nabi: Antara Ketulenan Fakta Dengan Pembohongan Sejarah. Beliau merupakan sarjana dalam pengajian hadis, tersohor dengan sikap tegas dan lantang dalam mengemukakan pandangannya, bersabit pelbagai isu agama dan ummah. Bukunya mengandungi tujuh bab, 168 halaman termasuk bibliografi dan indeks, diterbitkan Pustaka Yamien (Kuala Lumpur), 2002. Setelah meneliti matan pemikirannya, dalam beberapa aspek kita sependapat dengan Mohd. Asri, namun terdapat juga aspek tertentu yang harus diberikan penilaian semula. Penilaian ini bersifat tekstual dan kontekstual, digarap secara sederhana, untuk menyuburkan wacana ilmiah di luar kerangka, sentimen dan propaganda kemazhaban. Dari segi penggaluran, kita mengolahnya mengikut susunan asal bab-bab dalam bukunya, dengan harapan pendekatan ini dapat mempermudah kita (pembaca budiman) mengikuti, memahami dan menggeluti perkembangan kritikan ilmiah kesejarahan. Mengenai ejaan dalam petikan teks, kita mengekalkan ejaan asal Mohd. Asri. Misalnya, perkataan “Uthman”. Dalam penulisan kita sendiri, kita menggunakan ejaan “Usman”. Secara umumnya, kita tidak menggunakan – kecuali dalam bilangan sangat terhad – gaya kebahasaaraban, seperti tanda koma di atas (‘) dalam perkataan tertentu. Antaranya, perkataan “Syi’ah”, “Mua’wiyah” dan sebagainya. Tanda ini sangat jarang digunakan dalam bahasa Melayu. Aspek penting yang diberikan penilaian semula ditandai dengan perkataan tertentu, seperti “Pertama”, “Kedua” dan seterusnya atau dalam bentuk penomboran, seperti (1) dan (2) atau (i) dan (ii) atau (a) dan (b), di samping menggunakan subtajuk, seperti ditulis dalam buku Mohd. Asri. Dari segi struktur, kita membahagikan perbincangan ini berdasarkan kepada beberapa bahagian dan tajuk tertentu. Tujuannya agar pembaca budiman dapat memberikan perhatian serius terhadap persoalan yang sedang dibincangkan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Sejarah, politik, Islam, kritisisme, historiografi. |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS36-39.2 Arab countries |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | ABDULLAH BIN SABUDIN - |
Date Deposited: | 13 Nov 2024 14:51 |
Last Modified: | 13 Nov 2024 14:51 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41886 |
Actions (login required)
View Item |