Manifestasi Ta’awun NGO islam dalam menyantuni golongan B40 di Sabah semasa pandemik covid-19

Suraya Sintang and Abdul Hamid. F.A and Samsul, S. S. and Prasojo, Z.H and Abang Muis, A. R and Ramlie, H. A (2024) Manifestasi Ta’awun NGO islam dalam menyantuni golongan B40 di Sabah semasa pandemik covid-19. Global Journal Al-Thaqafah. pp. 1-20. ISSN 2232-0474

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (699kB) | Request a copy

Abstract

Manifestasi ta’awun (saling bertolongan) direalisasikan melalui aktiviti kesukarelawanan bagi memenuhi tanggungjawab sosial terhadap golongan B40. Aktiviti ini dijalankan oleh Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) Islam bagi menyantuni golongan B40 di Sabah semasa pandemik COVID-19. Artikel ini membincangkan aktiviti agihan sumbangan COVID-19 oleh NGO Islam dan faktor yang memotivasikan NGO ini dalam menggerakkan aktiviti kesukarelawanan kepada golongan B40 di Sabah meliputi kawasan bandar dan luar bandar. Pengumpulan data menggunakan metode kualitatif melalui kaedah temu bual mendalam bersama pengurus dan wakil pemimpin NGO Islam terpilih, iaitu Pertubuhan Kebajikan An-Najiyah Sabah (PKAN) dan Aman Palestin Sabah (APS). Hasil kajian menunjukkan manifestasi ta’awun yang dipaparkan melalui bantuan NGO Islam ini bukan sekadar berfokus kepada bantuan kebendaan yang bersifat one-off mahupun berkala tetapi turut memberikan bantuan yang mampu mengubah mentaliti dan cara hidup golongan B40 ke arah cara hidup Islami. Semangat untuk terus berbakti ini didorong atas faktor kekuatan dalaman yang dibina berasaskan ajaran Islam untuk sentiasa peduli terhadap ummah, berlumba-lumba melakukan kebaikan dan mendapatkan saham akhirat. Gerak kerja seperti inilah yang membezakan NGO Islam dengan NGO lain yang turut melaksanakan program sosial yang berorientasikan kebajikan. Impak kajian ini dapat menyumbang kepada pembangunan komuniti yang lebih luas di Sabah yang melibatkan inisiatif pemberdayaan golongan terpinggir.

Item Type: Article
Keyword: Ta’awun; NGO Islam; Golongan B40; Kesukarelawanan; COVID-19
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS67-79.9 Iraq (Assyria, Babylonia, Mesopotamia) > DS69-70.5 Antiquities
H Social Sciences > HC Economic history and conditions > HC10-1085 Economic history and conditions
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 26 Nov 2024 13:45
Last Modified: 26 Nov 2024 13:45
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42015

Actions (login required)

View Item View Item