Aspek perubahan, fungsi dan simbol ragam gerak tarian Sumanggak etnik Tombonud di daerah Pitas, Sabah

Cheng, Jia Min (2020) Aspek perubahan, fungsi dan simbol ragam gerak tarian Sumanggak etnik Tombonud di daerah Pitas, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (412kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (6MB)

Abstract

Tarian Sumanggak ialah tarian tradisional etnik Tombonuo yang menetap di daerah Pitas, Sabah. Tumpuan kerja lapangan ini adalah menginterpretasi simbol dan fungsi dalam ragam gerak tarian Sumanggak moden etnik Tombonuo. Tarian Sumanggak moden telah diolah oleh Suana Kabora berdasarkan pergerakan ritual Muinsamung dan Monginsamung etnik Tombonuo di Daerah Pitas, Sabah pada tahun 1983. Berbanding dengan tarian tradisional etnik Kadazan Dusun seperti tarian Sumazau di Penampang, tarian Sumanggak boleh dikatakan tidak begitu dikenali umum. Fokus kajian ini tertumpu kepada aspek persembahan, pengolahan dan simbol ragam gerak tarian Sumanggak moden. Bagi mengumpul data kajian, sebanyak empat siri kajian lapangan telah dijalankan di empat buah kampung di Daerah Pitas, Sabah. Kaedah temu bual, pemerhatian, rakaman video dan pengambilan gambar telah digunakan dalam kajian lapangan. Hasil analisis secara interpretasi mendapati asal usul nama tarian Sumanggak diperolehi daripada perbuatan membuka gadur (bekas yang diperbuat daripada tembaga), yang dikenali sebagai adat sumanggak. Aspek-aspek persembahan tarian Sumanggak seperti ragam gerak, kostum, alat muzik, dan prop juga dialami perubahan dari segi fungsi dan pengolahan. Setiap ragam gerak turut didapati mempunyai simbol yang berkait rapat dengan ritual tradisional etnik Tombonuo. Kesimpulannya, aspek-aspek persembahan, pengolahan dan simbol ragam gerak tarian Sumanggak moden masih mengekalkan identiti asal ritual etnik Tombonuo.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Tarian Sumanggak, Etnik Tombonuo, Ragam gerak, simbol, fungsi, Adat Sumanggak, Ritual Monginsamung, Identiti tradisional
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > GT1-7070 Manners and customs (General) > GT3400-5090 Customs relative to public and social life Including town life, court life, festivals, holidays, ceremonies of royalty, etc.
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 Dec 2024 11:16
Last Modified: 10 Dec 2024 11:16
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42023

Actions (login required)

View Item View Item