Chua Lee Hua and Florance Kana and Shoon Su Pin and Oliver Valentine Eboy and Winnie Miana Binol and Zuvivi binti Jiam (2024) Kajian trend pasaran harta tanah komersial di pusat bandar Sandakan. Quantum journal of social sciences and humanities, 5 (4). pp. 1-10. ISSN 1881-1941
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (282kB) | Request a copy |
Abstract
Bandar Sandakan terletak di pantai timur Sabah, Malaysia, berhampiran dengan pantai Laut China Selatan dengan koordinat geografi 5.8402° N latitud, 118.1179° E longitud. Bandar ini merupakan bandar kedua terbesar selepas Kota Kinabalu dengan keluasan 2266 km² dengan jumlah penduduk kini hampir lebih sejuta orang. Jenis pasaran harta tanah komersial bagi rumah kedai di bandar Sandakan adalah berbeza-beza mengikut zon. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti trend pasaran harta tanah komersial di Pusat Bandar Sandakan, Sabah pada tahun 2023. Bagi mencapai objektif berkenaan, perbandingan dilakukan terhadap trend yang ditunjukkan pada tahun 2013 dan 2023. Pembahagian Pusat Bandar Sandakan mengikut zon; A, B dan C turut dilakukan bertujuan untuk mendapatkan taburan nilai sewa yang pelbagai. Pendekatan kuantitatif telah digunakan dalam menjalankan kajian ini. Terdapat beberapa metodologi berbeza yang digunapakai pada peringkat yang berlainan. Peringkat pertama melibatkan pemerolehan data primer iaitu soal selidik sebanyak 103 borang. Seterusnya diikuti dengan analisis deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Peringkat ketiga melibatkan penggunaan Geographic Information System (GIS) untuk melakukan analisis Ordinary Least Squares (OLS) untuk menghasilkan model regresi linear dan untuk menghasilkan peta interpolasi iaitu Inversed Distanced Weighted (IDW) sewa di pusat bandar Sandakan. Oleh itu, ArcMap 10.8 telah digunakan dalam menghasilkan peta. Dapatan daripada analisis interpolasi yang dijalankan menunjukkan kewujudan variasi nilai sewa. Hasil daripada analisis kajian ini mendapati bahawa berlaku penurunan bagi nilai terendah sewa rumah kedai dan berlaku peningkatan bagi nilai tertinggi sewa rumah kedai antara tahun 2013 sehingga 2023 di pusat bandar Sandakan. Terdapat pelbagai faktor yang telah mempengaruhi trend perubahan nilai pasaran harta tanah komersial di pusat bandar Sandakan
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | trend pasaran, harta tanah, komersial, Inverse Distance Weighted (IDW), Geographic Information System (GIS) |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G70-70.6 Philosophy. Relation to other topics. Methodology H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD101-1395.5 Land use; Land tenure |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | ABDULLAH BIN SABUDIN - |
Date Deposited: | 29 Nov 2024 12:26 |
Last Modified: | 29 Nov 2024 12:26 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42040 |
Actions (login required)
View Item |