Akhbar melayu dan isu ekonomi masyarakat melayu dekad 1930-an

A Rahman Tang Abdullah and Abdul Rashid Salleh (2015) Akhbar melayu dan isu ekonomi masyarakat melayu dekad 1930-an. Jurnal Komunikasi Borneo (JKoB), Edisi Khas. pp. 1-12. ISSN 2289-859X

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (152kB)

Abstract

Dalam memperkatakan isu ekonomi masyarakat Melayu, salah satu sumber pensejarahan Malaysia yang tidak boleh dinafikan kepentingannya ialah akhbar Melayu yang kebanyakannya berkala mingguan atau bulanan. Fenomena ini dapat diperhatikan kepada kewujudan beberapa akhbar berbahasa Melayu yang muncul pada pertengahan pertama abad ke-20. Di antara Akhbar Melayu yang paling awal kewujudannya ialah Al-Imam dari tahun 1906 hingga tahun 1908 dan Neraca pada dekad kedua abad ke-20. Walaupun kewujudan kedua-dua akhbar tersebut tidak begitu lama, inspirasi untuk menggunakan akhbar sebagai saluran media masyarakat Melayu telah diteruskan pada dekad 1920-an dan 1930-an. Di antara akhbar-akhbar yang muncul pada ketika itu ialah Saudara, Majalah Guru, Majlis, Al-Ikhwan dan Utusan Melayu. Kesemua akhbar tersebut menggunakan tulisan Jawi.3 Secara umumnya, kesemua akhbar Melayu yang tersebut memberikan tumpuan utama kepada permasalahan umum yang dikaitkan dengan masyarakat Melayu. Tema utama yang sering diutarakan ialah isu kemunduran masyarakat Melayu dalam aspek Sosial dan ekonomi di samping isu agama dan politik. Akhbar-akhbar Melayu pada ketika itu juga mengenengahkan pandangan pengarang dan pembaca berkenaan hal-ehwal yang berkaitan dengan kehidupan harian awam di Tanah Melayu.

Item Type: Article
Keyword: Akhbar Melayu, Ekonomi,
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements
P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1-6790 Literature (General) > PN4699-5650 Journalism. The periodical press, etc. > PN4840-5648 By region or country
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 29 Nov 2024 12:21
Last Modified: 29 Nov 2024 12:21
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42052

Actions (login required)

View Item View Item