Aplikasi model KAP dalam kempen anti rokok : kajian terhadap pengetahuan, tingkah laku dan amalan para guru sekolah menengah di Sandakan Sabah

Kasnim Kassim (2020) Aplikasi model KAP dalam kempen anti rokok : kajian terhadap pengetahuan, tingkah laku dan amalan para guru sekolah menengah di Sandakan Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (322kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Berdasarkan laporan hansard parlimen 2017, Kempen Anti Rokok dilaporkan masih tidak mencapai matlamat pengurangan jumlah perokok di Malaysia sejak diawal pelaksanaannya. Bertepatan dengan penekanan utama Kempen Anti Rokok melalui program pendidikan di peringkat sekolah iaitu guru merupakan role model dan medium utama dalam menyampaikan maklumat bahaya rokok kepada pelajar (Redhwan Al Naggar et al., 2012). Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meneliti penekanan aplikasi Model KAP dan mengenalpasti impaknya terhadap para guru. Persampelan secara rawak telah digunakan melibatkan 461 orang guru daripada 11 buah sekolah menengah terpilih. Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan para guru adalah rendah menyebabkan kelaziman tabiat merokok adalah tinggi iaitu mencatatkan sebanyak 21.7%. Ujian Khi Kuasa Dua mendapati jantina dan bangsa menunjukkan nilai signifikan terhadap amalan guru. Ujian Regresi Logistik pula mendapati jantina, bangsa dan agama menunjukkan nilai yang signifikan terhadap amalan guru. Kajian ini telah menunjukkan Model KAP dalam Kempen Anti Rokok perlu ditambah baik dengan memberi penekanan kepada strategi penyampaian maklumat dengan pengukuhan kepada unsur pengetahuan dalam Model KAP serta mengambil kira faktor-faktor sosio demografi guru. Selain itu, semua guru juga perlu terlibat di dalam program pencegahan tembakau peringkat sekolah. Melalui kaedah ini, sekaligus mampu meningkatkan pengetahuan dan mengubah amalan guru. Seterusnya, menjadikan guru sebagai role model dan medium yang amat berkesan dalam menyampaikan pengetahuan kepada para pelajar.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Model KAP, Pengetahuan, Kempen anti rokok, MPOWER, Guru role model
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV5725-5770 Tobacco habit
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 16 Dec 2024 10:46
Last Modified: 16 Dec 2024 10:46
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42063

Actions (login required)

View Item View Item