Analisis PSKA terhadap budaya penanaman, inovasi dan pemasaran herba ‘bawing’ dalam kalangan pelajar luar bandar di Malaysia Timur

Halina Sendera Mohd Yakin and Budi Anto Mohd Tamring and Esther Jawing and Junaidah Januin and Zurinah Ya’akub (2024) Analisis PSKA terhadap budaya penanaman, inovasi dan pemasaran herba ‘bawing’ dalam kalangan pelajar luar bandar di Malaysia Timur. Akademika, 94 (3). pp. 1-19. ISSN 0126-5008

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (46kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (545kB) | Request a copy

Abstract

Kajian berhubung pembudayaan pertanian komersial ini memfokuskan kepada tahap pengetahuan, sikap, kemahiran dan aspirasi (PSKA) dalam kalangan pelajar luar bandar di Sabah terhadap penanaman dan pengkomersialan herba tradisi yang sinonim dan mencirikan identiti budaya etnik Sabah, iaitu ‘bawing’. Data saintifik dan kearifan tempatan menunjukkan bahawa ‘bawing’ mempunyai pelbagai manfaat dan nilai komersial. Bertunjangkan Taksonomi Bloom, kajian ini mengaplikasikan model Targeting Outcome of Programme (TOP) berhubung domain KASA (Knowledge-Attitude-Skill-Aspiration) serta pendekatan kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik untuk pengumpulan data. Hasil analisis statistik SPSS mendapati responden kajian yang terdiri daripada 100 orang pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Belud, Sabah memiliki tahap pengetahuan yang sederhana (skor 2.70), aspirasi yang tinggi (skor 3.92), sikap yang positif (skor 3.24) dan kemahiran yang rendah (skor 1.78) terhadap ilmu penanaman, inovasi dan pemasaran ‘bawing’. Dapatan kajian ini menyumbang kepada penyelidikan serta modus operandi selanjutnya berhubung pemerkasaan ilmu penanaman, inovasi dan pemasaran herba ‘bawing’ dalam kalangan para pelajar dan belia menerusi program pemindahan ilmu dan program-program seumpamanya. Kajian bersifat multi-disiplin, pemacu industri dan komuniti serta translational ini relevan dan signifikan untuk dikongsi sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang berpaksikan keseimbangan JERIS; misi universiti sebagai gedung ilmu dan peneraju ke arah masyarakat berinovatif; pelan pembangunan Sabah Maju Jaya 2021-2025 yang berteraskan pembangunan modal insan serta pertumbuhan ekonomi terhadap tiga sektor primer (pertanian, pelancongan dan perindustrian) serta kelestarian hijau; niche Matlamat Pembangunan Mampan yang mensasarkan lima tujahan (manusia, kemakmuran, planet, keamanan & perkongsian); serta konsep Malaysia Madani yang bertekad untuk merealisasikan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi menerusi SCRIPT.

Item Type: Article
Keyword: PSKA; Bawing; Penanaman; Inovasi; Pemasaran; Sabah
Subjects: J Political Science > JQ Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > JQ21-6651 Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.)
S Agriculture > SD Forestry > SD1-669.5 Forestry > SD391-410.9 Sylviculture
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 10 Dec 2024 11:17
Last Modified: 10 Dec 2024 11:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42184

Actions (login required)

View Item View Item