Kajian kes Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah (JKDMS) melalui perspektif teori institusi dalam perubahan sistem dan amalan perakaunan pengurusan

Ali Hasan Haji Buglayan (2018) Kajian kes Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah (JKDMS) melalui perspektif teori institusi dalam perubahan sistem dan amalan perakaunan pengurusan. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Pada pertengahan tahun 1980an para sarjana ternama dalam bidang perakaunan menyatakan bahawa masih banyak yang perlu diketahui dengan lebih dalam mengenai perubahan perakaunan pengurusan. Tidak lama selepas itu, iaitu pada awal 1990an, banyak kajian yang dilakukan menjurus kepada perubahan perakaunan pengurusan dalam perspektif pendekatan kualitatif. Walau bagaimanapun, ramai para sarjana masih lagi berpandangan bahawa di sebalik banyaknya kajian yang telah dibuat mengenai perubahan perakaunan pengurusan, para sarjana dalam bidang ini masih lagi berpandangan bahawa masih banyak lagi yang perlu diketahui. Hampir lebih dari 30 tahun selepas para sarjana memperkatakan mengenai perkara ini, masih lebih banyak lagi mengenai perubahan perakaunan pengurusan yang perlu dikaji untuk diketahui termasuklah (1) faktor yang mendorong kepada proses perubahan, (2) proses perubahan, dan (3) kesan akhir yang terjadi hasil dari proses perubahan tersebut. Melalui perspektif dan pendekatan kualitatif, kajian ini menggunakan konsep Isomorfisme dari Teori Institutional Sosiologi Baharu (NIS) yang dibangunkan oleh Dimaggio & Powell (1983) untuk memahami dan menerangkan kenapa dan bagaimana perubahan organisasi dan perubahan amalan perakaunan berlaku dalam Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah (JKDMS). Dapatan kajian menunjukkan dengan jelas bahawa tekanan dalam bentuk Coercive adalah lebih dominan berbanding tekanan dalam bentuk Normative dan Memetic dalam membentuk perubahan di JKDMS. Selain itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan dalam era globalisasi, sistem dan amalan perakaunan pengurusan telah menjadi ‘bahasa’ utama di dalam JKDMS dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemungut hasil cukai bagi pihak kerajaan. Dalam pada itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan peranan institusional yang terdapat dalam kepimpinan, teknologi dan kegawatan ekonomi global adalah merupakan faktor utama yang mendorong perubahan perakaunan pengurusan di JKDMS secara signifikan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Perubahan, Organisasi, Perakaunan Pengurusan, kualitatatif, Teori Sosiologi Baharu, Isomorphism, Institusi, Kepimpinan, Teknologi dan kegawatan ekonomi global
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF5601 Accounting
Department: FACULTY > Faculty of Business, Economics and Accounting
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 16 Dec 2024 12:08
Last Modified: 16 Dec 2024 12:08
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42232

Actions (login required)

View Item View Item