Mohd Shafiq Kassim (2014) Potensi kulat tanah sebagai agen kawalan biologi ke atas Coptotermes curvignathus holmgren (Isoptera : rhinotermitidae) yang menyerang acacia mangium willd. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (572kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (5MB) |
Abstract
Tiga belas kulat tanah yang terdiri dari Cladorrhinum sp., Trichosporonoides sp., Ovulariopsis sp., Gliocladium sp., Helicocephalum sp., Aspergillus sp., Geotrichum sp., Rhopalomyces sp., Nodulisporium sp., Periconia sp., dan Fumago sp. serta isolat MSK A dan MSK B, telah diisolasi menggunakan Kaedah Plat Tanah Warcup dari sampel tanah perladangan hutan di Sabah Softwood Berhad (SSB), Tawau dan Sabah Forest Development Authority (SAFODA), Papar, Sabah. Isolat – isolat tersebut diuji kesannnya ke atas anai-anai subteranean Coptotermes curvignathus yang menyerang pokok Acacia mangium (~ 9%) di kedua-dua plot perladangan hutan berkenaan. Setiap isolat berbeza dari segi morfologi makroskopik, mikroskopik serta kadar pertumbuhan CFU masing-masing (P=0.00). Keseluruhan anai-anai (n=360) mati antara hari ke-6 dan ke-7 selepas diinokulasi dengan kulat, namun bilangan individu yang membentuk mikosis berbeza mengikut isolat. Mortaliti tersebut mempunyai perbezaan yang signifikan (t=3.486; df=292; P=0.001) berbanding kawalan (tanpa inokulasi). Rhopalomyces sp., Geotrichum sp., Trichosporonoides sp., Nodulisporium dan MSK B menunjukkan paling cepat menyebabkan 100% mortaliti (3 - 4 hari selepas diinokulasi), Helicocephalum sp., Cladorrhinum sp., Gliocladium sp., Ovulariopsis sp., Periconia sp., dan MSK A sehingga hari ke-5, manakala Fumago sp. dan Aspergillus sp. sehingga hari ke-7. Secara umumnya, kulat dari kedua-dua perladangan menunjukkan persamaan dalam keupayaan untuk menyebabkan mortaliti ke atas C. curvignathus. Walaubagaimanapun, analisis secara „dalam kawasan‟, spesies kulat adalah faktor kepada mortaliti (SSB, P=0.047 dan SAFODA, P=0.011). Pengsporaan dan miselia hadir di atas kutikel anai-anai serta abdomen berwarna gelap turut diperhatikan. Pada kepekatan 1.0 x 106 konidia mL-1, nilai LT50 yang paling awal adalah oleh isolat Rhopalomyces sp. iaitu dengan nilai LT50 ± SE ialah 2.155 ± 0.332 (hari). Sementara, isolat Trichosporonoides sp. paling awal menyebabkan 50% kematian individu C. curvignathus (n=10) pada kepekatan 1.0 x 107 konidia mL-1 dengan nilai LT50 ± SE ialah 2.961 ± 0.393 dan turut menyebabkan kematian paling awal bagi 1.0 x 108 konidia mL-1 dengan nilai LT50 ± SE ialah 2.420 ± 0.394 (hari). Rhopalomyces sp. dalam kajian ini mempunyai nilai LC50 yang paling rendah berbanding Trichosporonoides sp., Helicocephalum sp. dan MSK B. Isolat Rhopalomyces sp. menyebabkan 50% kematian individu C. curvignathus (n=10) pada kepekatan -1.47 x 108 konidia mL-1 berbanding isolat Helicocephalum sp. (1.583 x 108 konidia mL-1) dan MSK B (1.56 X 108 konidia mL-1). Trichosporonoides sp. turut mempunyai nilai LC50 yang agak rendah iaitu pada kepekatan -9.44 X 107 konidia mL-1. Ketiga-tiga kepekatan yang digunakan (1.0 x 106, 1.0 x 107 dan 1.0 x 108 konidia/ml) mempunyai keupayaan setara dalam menyebabkan mortaliti ke atas C. curvignathus yang berbeza antara kesemua isolat (t=4.508; df=270; P=0.000) berbanding kumpulan kawalan. Dalam kajian ini, Trichosporonoides sp., Rhopalomyces sp., Helicocephalum sp. dan MSK B menunjukkan sifat entomopatogenik ke atas C. curvignathus. Seterusnya, Trichosporonoides sp. dan Rhopalomyces sp. mempunyai potensi berdasarkan LT50 dan LC50 untuk digunakan sebagai agen kawalan biologi ke atas C. curvignathus.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Kulat tanah, Cladorrhinum sp., Trichosporonoides sp., Ovulariopsis sp., Gliocladium sp. |
Subjects: | Q Science > QR Microbiology > QR1-502 Microbiology > QR100-130 Microbial ecology |
Department: | SCHOOL > School of International Tropical Forestry |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 18 Dec 2024 14:47 |
Last Modified: | 18 Dec 2024 14:47 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42318 |
Actions (login required)
View Item |