Polemik negara islam di antara UMNO dan PAS dalam Politik Malaysia 1973-2002

Nadianah Lapiaman (2016) Polemik negara islam di antara UMNO dan PAS dalam Politik Malaysia 1973-2002. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (397kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini meneliti isu yang menjurus kepada persoalan Negara Islam yang menjadi polemik antara UMNO dan PAS dalam politik Malaysia 1973-2002. Perjuangan ke arah negara Islam telah bermula sebelum kemerdekaan lagi dan isu tersebut bersifat konsisten dalam politik Malaysia di antara UMNO dan PAS. Perdebatan mengenai negara Islam ini adalah disebabkan oleh perbezaan pemahaman dan pendekatan kedua-dua parti ini berkenaan dengan konsep negara Islam yang ingin diaplikasikan di Malaysia sebagai sebuah negara Islam. UMNO lebih memberi penekanan untuk mempraktikkan Islam dalam segenap pembangunan Islamisasi di Malaysia ke arah negara Islam yang maju. Manakala, PAS bukan sahaja merujuk kepada pengisytiharan Malaysia sebagai sebuah negara Islam bahkan perundangan Islam perlu didaulatkan seperti mana yang telah diasaskan oleh Rasulullah sehinggakan PAS memperkenalkan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2002 namun telah gagal. Kegagalan ini akhirnya membawa kepada perdebatan antara UMNO dan PAS dalam politik Malaysia yang tiada berkesudahan sehingga kini. PAS bukan sahaja merujuk pengisytiharan Malaysia sebagai sebuah negara Islam tetapi juga berusaha untuk memperjuangkan undang-undang Islam.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Negara Islam, UMNO, PAS, Politik Malaysia, Islamisasi
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP1-68 General > BP50-68 History
D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS595.8-597.215 History
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 18 Dec 2024 14:51
Last Modified: 18 Dec 2024 14:51
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42321

Actions (login required)

View Item View Item