Teoh, Han Sean (2009) Pemodelan pengeringan suria dan oven terhadap rumpai laut (Kappaphycus alvarezii dan Eucheuma denticulatum). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000592.pdf Download (3MB) | Preview |
Abstract
Kesan bagi pengeringan suria (34 ± 4°C) dan oven bersuhu (50°C, 60°C and 70°C) pada lengkuk pengeringan dan masa pengeringan yang diperlukan bagi sampel Kappaphycus alvarezii dan Eucheuma denticulatum diselidik. Satu model matematik yang paling baik untuk mengsimulasikan lengkuk pengeringan bagi kedua-dua sampel dicadangkan. Hubungan antara peratusan karageenan separa tulen dengan kandungan kelembapan ditentukan juga. Sampel Kappaphycus alvarezii dipotong menjadi 3x10�²m panjang, 5.55x10�³ ± 0.45x10�³m diameter dan sampel Eucheuma denticulatum menjadi 3x10�²m panjang, 2.55x10�³ ± 0.45x10�³m diameter. Penggunaan tiga model matematik yang berlainan iaitu dua model lapisan nipis (Newton and Handerson-Pabis) dan satu model resapan dinilaikan. Pengaruh suhu terhadap parameter-parameter pengeringan dan koefisien resapan berkesan dalam model-model yang dicadangkan dikaji dan pengaktifan tenaga diketahui berdasarkan persamaan Arrhenius. Suhu mempengaruhi lengkuk pengeringan dengan mengurangkan masa pengeringan iaitu dari 450 min hingga 330m in dan dari 300 min hingga 180 min bagi sampel Kappaphycus alvarezii dan Eucheuma denticulatum masing-masing. Model Newton menunjukkan simulasi lengkuk pengeringan yang paling baik bagi sampel Kappaphycus alvarezii dan model Hanberson-Pabis bagi sampel Eucheuma denticulatum dengan berdasarkan ujian statistik yang digunakan (r², MAE, RMSE and SE). R² >0.99, %E <6.7877, MAE <0.0095, RMSE <0.0131, dan SE <0.0043 diperoleh oleh model Newton dan r²>0.98, %E <10.394, MAE <0.0131, RMSE <0.0157, dan SE <0.0059 didapati oleh model Handerson. Hasilnya, dua model ini merupakan alat yang bagus untuk menganggarkan masa pengeringan bagi sampel Kappaphycus alvarezii dan Eucheuma denticulatum masing-masing. Dalam kajian ini, korelasi antara peratusan karagenan separa tulen sebagai fungsi bagi kandungan kelembapan dihasilkan dengan koefisien regresi, r² = 0.9911 dan 0.9865 bagi sampel Kappaphycus alvarezii dan Eucheuma denticulatum masing-masing.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Seaweed, Sun drying and oven drying methods, Kappaphycus alvarezii, Eucheuma denticulatum |
Subjects: | S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > Food processing and manufacture |
Department: | INSTITUTE > Borneo Marine Research Institute |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 18 Jun 2012 17:29 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 11:42 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4237 |
Actions (login required)
View Item |