Wacana identiti Muslim kontemporari dari perspektif Ibn Rusyd

Mohammad Syafiq Ismail (2021) Wacana identiti Muslim kontemporari dari perspektif Ibn Rusyd. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (444kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Kajian ini telah berusaha memahami identiti Muslim, dengan menggunakan metod kajian kepustakaan dan analisis isi induktif kepada teks-teks asli Ibn Rusyd, yang menyumbang kepada pemahaman wacana Identiti Muslim Ibn Rusyd dan penyusunannya dalam kerangka ilmiah. Kajian ini juga bertujuan untuk mengetengahkan dan menjelaskan bahawa pemikiran Ibn Rusyd berkenaan identiti Muslim boleh digunakan untuk memahami dan merungkai isu-isu berkenaan 1-identiti Muslim dan krisis autoriti intra-agama, serta 2-krisis identiti Muslim yang larut dalam kemodenan. Kajian mendapati bahawa identiti Muslim boleh terbentuk secara positif (an sich) dan negatif (luar diri), dan identiti Muslim yang positif dibuktikan dengan komitmen akidah dan amalan pemilik identiti tersebut terhadap Islam. Kajian turut mengenalpasti yang wacana Identiti Muslim Ibn Rusyd merumuskan bahawa seseorang Muslim –filsuf, mutakallim, mahupun orang awam- ialah yang beriman kepada Allah, Kenabian, dan Hari Akhirat, dan beramal dengan syariat Islam. Wacana Identiti Muslim Ibn Rusyd ini berpotensi sekiranya dijadikan sebagai dasar kepada penyelesaian kemelut autoriti mazhab, dan kelarutan identiti Muslim dalam kemodenan: dengan menggariskan secara konkrit ciri-ciri keislaman yang boleh menyatukan umat Islam, dan meneliti secara terperinci perbezaaan antara umat Islam yang pada hakikatnya masih membolehkan kesatuan sebagai Muslim.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Ibn Rusyd, Identiti Muslim, Autoriti intra-agama, kemodenan, Ontologi identiti, Islam
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) > B1-5802 Philosophy (General) > B108-5802 By period Including individual philosophers and schools of philosophy > B720-765 Medieval
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 07 Jan 2025 10:50
Last Modified: 07 Jan 2025 10:50
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42517

Actions (login required)

View Item View Item