Cerita jenaka orang Melayu Brunei : dokumentasi dan analisis unsur humor

Nurdiyana Zaki (2014) Cerita jenaka orang Melayu Brunei : dokumentasi dan analisis unsur humor. Masters thesis, Univerisiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (187kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Cerita jenaka merupakan salah satu komponen cerita rakyat yang popular dalam kalangan orang Melayu Brunei di Sabah pada suatu ketika dahulu. Namun pada masa kini, cerita-cerita seperti ini tidak lagi mendapat sambutan untuk diperdengarkan pada masa lapang. Dalam kajian ini, tumpuan utama pengkaji adalah merakam dan mendokumentasi seberapa banyak cerita jenaka daripada informan Melayu Brunei. Lokasi kajian tertumpu di beberapa buah daerah yang padat dengan orang Melayu Brunei, iaitu di Daerah Sipitang, Daerah Beaufort dan Daerah Papar. Dua buah teori humor, iaitu Teori Kejanggalan dan Teori Superioriti akan digunakan sebagai dasar analisis unsur humor dalam cerita jenaka Melayu Brunei. Selain mengabadikan salah satu khazanah lisan orang Melayu Brunei, kajian ini turut akan menonjolkan keistimewaan yang ada pada cerita jenaka orang Melayu Brunei.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Cerita Jenaka, Cerita Rakyat, Humor, Melayu Brunei, Sabah, Teori Kejanggalan, Teori Superioriti, Khazanah Lisan, Kajian Etnografi
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GR Folklore > GR1-950 Folklore
G Geography. Anthropology. Recreation > GR Folklore > GR1-950 Folklore > GR99.6-390 By region or country
P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1-6790 Literature (General) > PN6010-6790 Collections of general literature > PN6120.15-6120.95 Fiction
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 07 Jan 2025 10:53
Last Modified: 07 Jan 2025 10:53
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42521

Actions (login required)

View Item View Item