Tahap komitmen pekerja asing terhadap kesatuan sekerja : kajian kes di Tawau, Sabah

Hartaty Alimin (2015) Tahap komitmen pekerja asing terhadap kesatuan sekerja : kajian kes di Tawau, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (583kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Secara teorinya, komitmen kesatuan sekerja mengandungi empat elemen utama yang terdiri daripada, kesetiaan terhadap kesatuan sekerja, kesediaan bekerja untuk kesatuan sekerja, tanggungjawab terhadap kesatuan sekerja dan kepercayaan terhadap kesatuan sekerja. Oleh itu, kajian ini akan melihat elemenelemen komitmen ini dalam kalangan kesatuan sekerja yang melibatkan pekerja asing di Sabah yang menjadi ahli kepada Sabah Plantation Industry Employees Union (SPIEU). Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi komitmen ahli ke atas kesatuan sekerja. Faktor-faktor tersebut berdasarkan Model Selari yang melibatkan faktor demografi (status perkahwinan, jantina, umur dan tempoh perkhidmatan/tempoh menjadi ahli kesatuan sekerja) dan faktor-faktor yang mendorong pekerja menyertai kesatuan sekerja (faktor sosial, ekonomi dan politik). Penyelidikan ini menggunakan kaedah gabungan (kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif) tetapi kaedah kuantitatif merupakan kaedah utama dalam kajian ini. Bagi menguji kerangka kajian ini, penyelidik telah mengedarkan 265 borang soal selidik tetapi hanya 203 sahaja yang lengkap dan telah dianalisis. Pendekatan statistik deskriptif dan statistik inferensi digunakan untuk menganalisis data kajian. Dapatan kajian menunjukkan faktor demografi (jantina, umur dan tempoh perkhidmatan/tempoh menjadi ahli kesatuan sekerja) dan faktor sosial, ekonomi dan politik mempunyai hubungan yang signifikan dengan komitmen terhadap kesatuan sekerja. Sementara itu, melalui analisis regresi menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan antara faktor demografi (jantina, umur dan tempoh perkhidmatan/tempoh menjadi ahli kesatuan sekerja) dan faktor sosial, ekonomi dan politik dengan komitmen terhadap kesatuan sekerja. Status perkahwinan didapati tidak mempunyai hubungan dan pengaruh yang signifikan dengan komitmen terhadap kesatuan sekerja. Hasil kajian ini telah menyumbang pengetahuan berkenaan komitmen terhadap kesatuan sekerja dalam kalangan pekerja asing dan menambah pengetahuan dalam Model Selari.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Komitmen kesatuan sekerja, Pekerja asing, Sabah Plantation Industry Employees Union, Faktor demografi, Faktor sosial, Ekonomi dan politik, Status perkahwinan
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD6350-6940.7 Trade unions. Labor unions. Workers' associations
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 14 Jan 2025 12:53
Last Modified: 14 Jan 2025 12:53
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42587

Actions (login required)

View Item View Item