Pengurusan pemasaran dan kaedah perolehan drama televisyen di Radio Televisyen Malaysia (RTM)

Asrizah Jamil (2015) Pengurusan pemasaran dan kaedah perolehan drama televisyen di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (816kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Kajian ini menganalisis perkembangan dan perubahan pengurusan pemasaran dalam proses kaedah perolehan drama televisyen yang dikelolakan oleh stesen Radio Televisyen Malaysia atau RTM yang dimiliki oleh kerajaan. Kajian ini adalah meliputi kaedah pembekalan atau perolehan drama televisyen yang dilaksanakan di RTM bagi rancangan-rancangan drama terbitan swasta bermula sejak drama televisyen RTM diswastakan kepada syarikat produksi luar. Selain itu, kajian ini juga menganalisis isu dan permasalahan yang dihadapi oleh para penerbit dalam memasarkan produk drama televisyen mereka di RTM. Data primer dalam kajian ini diperolehi menggunakan pendekatan temu bual secara mendalam (in-depth interview). Informan kajian adalah terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pembeli dan kumpulan pembekal. Kumpulan pembeli adalah terdiri daripada panel penilai dari Unit Kandungan dan Kreatif serta Unit Kawalan Kualiti dari RTM Angkasapuri. Manakala, kumpulan pembekal pula terdiri daripada gabungan tujuh syarikat produksi dari Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur. Data sekunder kajian pula didapati menerusi buku, jurnal, majalah dan surat khabar bagi membantu penyelidikan ini. Kajian ini mendapati bahawa proses pengurusan kaedah perolehan terkini RTM adalah menggunakan sistem pitching kepada syarikat-syarikat produksi untuk membekalkan drama-drama televisyen swasta berbanding pada tahun–tahun sebelumnya yang menggunakan sistem agihan jam, sistem konsortium, dan sistem tender yang menemui banyak permasalahan. Kajian ini juga mendapati beberapa ciri atau kriteria yang dinilai oleh panel penilai dalam pemilihan produk bagi menembusi pasaran televisyen RTM. Justeru, hasil kajian telah mencadangkan aspek-aspek yang perlu diketahui oleh pembekal atau syarikat-syarikat produksi dalam penyediaan produk bagi memastikan drama televisyen mereka diterima di RTM. Diharapkan kajian ini dapat membantu syarikat-syarikat produksi dan para penggiat seni yang berkecimpung dalam industri penerbitan TV untuk memahami prosedur dalam pengurusan pemasaran yang berlaku di RTM agar mereka dapat menghasilkan drama televisyen sesuai dengan kehendak pasaran televisyen.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Pengurusan pemasaran, Perolehan drama televisyen, Radio Televisyen Malaysia, Syarikat produksi swasta, Proses pembekalanm Sistem pitching
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1-6790 Literature (General) > PN1600-3307 Drama > PN1990-1992.92 Broadcasting > PN1992-1992.92 Television broadcasts
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 14 Jan 2025 12:54
Last Modified: 14 Jan 2025 12:54
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42588

Actions (login required)

View Item View Item