Jampi melayu dalam manuskrip tib MSS2515: isu penulisan dan interpretasi budaya beragama masyarakat

Amer Hudhaifah Hamzah and Victor B. Pangayan and Zaifuddin Md Rasip (2024) Jampi melayu dalam manuskrip tib MSS2515: isu penulisan dan interpretasi budaya beragama masyarakat. Gendang Alam, 14. pp. 1-20. ISSN 2180-1738

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (922kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini meneliti asal-usul dan perkembangan jampi dalam masyarakat Melayu berfokuskan konotasi budaya serta hubungannya dengan konsep doa serta amalan perubatan tradisional. Masalah kajian berpusat pada pengenalan jampi yang dipercayai bermula pada abad ke-17 dan memperlihatkan variasi daripada konsep doa serta mantera. Kajian ini mengambil contoh 15 jampi tradisional untuk dianalisis dengan pendekatan grafologi bagi menilai aspek penulisan manuskrip serta interpretasi budaya beragama untuk memahami pengaruh metafizik dan kepercayaan ghaib. Dapatan kajian menunjukkan; terdapat tiga jenis jampi yang diamalkan: (1) jampi bebas, (2) ruqyah, dan (3) jampi sinkretik. Jampi bebas, walaupun tidak menggunakan bahasa Arab atau sumber Islamik secara langsung, memperlihatkan beberapa atribut yang dikaitkan dengan Islam seperti basmalah dan penutupan dengan kalimah syahadah. Dari segi kuantiti, jampi bebas paling dominan, diikuti oleh ruqyah, kemudian jampi sinkretik. Analisis grafologi mencadangkan bahawa penulis manuskrip bukan individu berpendidikan tinggi atau terlatih dalam penulisan formal, yang mencerminkan kekangan pendidikan pada zaman tersebut menyebabkan penerusan amalan jampi yang berkonotasi Hinduisme. Selain itu, kajian ini juga menemui pengaruh dogma kesufian melalui tarekat, dengan keyakinan kepada wali dan entiti ghaib yang mempengaruhi pandangan pengamal perubatan Melayu. Walaupun terdapat unsur Islam yang jelas, unsur Hindu-Buddha turut ditemui, menggambarkan kemungkinan warisan jampi pra-Islam.

Item Type: Article
Keyword: Mistik Melayu, Perubatan tradisional, Wafak, Azimat, Sejarah agama
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements
R Medicine > RM Therapeutics. Pharmacology > RM1-950 Therapeutics. Pharmacology > RM300-666 Drugs and their actions
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 14 Jan 2025 13:02
Last Modified: 14 Jan 2025 13:02
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42616

Actions (login required)

View Item View Item