Menilai tahap pengetahuan masyarakat berkaitan Sistem Penuaian Hujan (SPAH) dan implikasinya terhadap kualiti air takungan hujan dan kejadian banjir

Roslaini Abdul Jalil and Nordin Sakke and Adi Jafar (2024) Menilai tahap pengetahuan masyarakat berkaitan Sistem Penuaian Hujan (SPAH) dan implikasinya terhadap kualiti air takungan hujan dan kejadian banjir. Jurnal Kinabalu, 30. pp. 1-11. ISSN 2600-867X

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (561kB) | Request a copy

Abstract

Perubahan iklim, perkembangan urbanisasi dan pertambahan penduduk antara faktor utama terjadinya penurunan tahap kualiti dan kuantiti bekalan sumber air dunia. Pelbagai langkah dan cara yang dilakukan bagi mengekang masalah dan isu ini termasuklah menambah baik Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) seiring peredaran masa. Kajian ini dijalankan bagi melihat tahap pengetahuan dan pandangan masyarakat terhadap keberkesanan penggunaan SPAH ini sama ada masih releven pada masa kini dan fungsi SPAH dari aspek penggunaan dalam jangka masa panjang turut akan dibincangkan. Secara umumnya, SPAH ini adalah model yang dibangunkan sebagai alternatif bagi menggantikan kebergantungan terhadap sumber bekalan air bersih disamping memberikan penjimatan terhadap pengguna. Di antara tujuan lain SPAH adalah bagi mengurangkan aliran air permukaan yang mana dapat meningkatkan kejadian banjir. Oleh itu, kajian ini dijalankan melalui pendekatan kuantitatif dengan menggunakan soal selidik terhadap 283 orang responden di Lembangan Menggatal sebagai kawasan kajian. Kajian ini menggunakan analisis Korelasi Spearman bagi melihat hubungan di antara pembolehubah. Hasil analisis menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan masyarakat dengan kualiti air tuaian (r = -.345, p < 0.001) dan kejadian banjir (r = -.369, p < 0.001). Justeru itu, kajian yang lebih teliti dan mendalam terhadap SPAH ini dari semua aspek harus diteruskan bagi membolehkan sistem ini digunakan dengan selamat oleh setiap lapisan masyarakat. Tambahan lagi, matlamat sistem ini dalam mengurangkan aliran air permukaan dapat diteruskan.

Item Type: Article
Keyword: SPAH, alternatif, aliran air permukaan, banjir
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GB Physical geography > GB3-5030 Physical geography
G Geography. Anthropology. Recreation > GB Physical geography > GB3-5030 Physical geography > GB400-649 Geomorphology. Landforms. Terrain
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 14 Jan 2025 13:08
Last Modified: 14 Jan 2025 13:09
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42628

Actions (login required)

View Item View Item