Pemahaman konsep gempa bumi dan persediaan menghadapi bencana gempa bumi dalam kalangan guru geografi di Ranau, Sabah

Zulfhikar Rabe (2020) Pemahaman konsep gempa bumi dan persediaan menghadapi bencana gempa bumi dalam kalangan guru geografi di Ranau, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (760kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (8MB)

Abstract

Jabatan Meteorologi Sabah melaporkan bahawa dalam 20 tahun akan datang, gempa bumi dengan skala yang kuat akan melanda Sabah. Senario ini menunjukkan bahawa masyarakat setempat perlu diberikan pengetahuan yang cukup untuk lebih bersedia untuk bencana ini. Hal ini dapat direalisasikan dengan menggunakan pendidikan formal sebagai medium untuk menyampaikan pengetahuan mengenai gempa bumi. Bagaimanapun, para sarjana menegaskan bahawa untuk mendidik dan menyampaikan pengetahuan bencana gempa bumi, pemahaman konsep dan persediaan guru perlu diambil perhatian agar mereka bersedia mendidik pelajar sekolah. Oleh itu, objektif kajian ini yang berpaksikan pendekatan reka bentuk gabungan (mixed-method approaches) dijalankan untuk mengkaji pemahaman konsep gempa bumi dan persediaan menghadapi bencana gempa bumi dalam kalangan guru Geografi di Ranau. Data kuantitatif dikumpul melalui kaedah tinjauan dan data kualitatif dikumpulkan melalui kaedah kajian kes instrinsik. Pensampelan rawak mudah digunakan untuk memilih 80 guru Geografi di 11 buah sekolah menengah di Ranau. 18 orang guru Geografi turut dipilih melalui pensampelan bertujuan untuk sesi temubual. Triangulasi data kuantitatif dan kualitatif menunjukkan tahap pemahaman konsep gempa bumi dalam kalangan guru Geografi di Ranau adalah sederhana dan persediaan guru ini untuk menghadapi bencana ini juga adalah sederhana. Dapatan kajian ini menunjukkan guru wanita lebih memahami konsep gempa bumi dan guru lelaki pula lebih bersedia untuk menghadapi bencana gempa kerana faktor fizikal dan emosi. Dapatan kajian turut menunjukkan guru-guru yang mempunyai tempoh mengajar lebih lama memahami konsep gempa bumi dan lebih bersedia untuk menghadap bencana gempa bumi. Implikasi kajian ini menyumbang kepada dasar pendidikan pemahaman konsep gempa bumi di Malaysia. Malah, kepentingannya kepada pembangunan profesional guru Geografi dan sekolah untuk meningkatkan pemahaman mereka tentang konsep gempa bumi dan mempersiapkan untuk gempa bumi masa depan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Pendidikan bencana, Gempa bumi, Pemahaman konsep gempa bumi, Persediaan menghadapi bencana, Guru Geografi, Kajian kes
Subjects: Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE500-639.5 Dynamic and structural geology > QE521-545 Volcanoes and earthquakes
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 17 Jan 2025 14:20
Last Modified: 17 Jan 2025 14:20
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42634

Actions (login required)

View Item View Item