Elemen realisme magis dalam legenda etiologikal etnik Tatana di Kuala Penyu

Alenscia Prescilla Alexius and Rosli Bin Sareya and Low, Kok On (2024) Elemen realisme magis dalam legenda etiologikal etnik Tatana di Kuala Penyu. Gendang Alam, 14 (2). pp. 128-136.

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (322kB) | Request a copy

Abstract

Kegiatan menyampaikan naratif lisan dalam kalangan masyarakat Tatana yang disebut sebagai batangon sudah lama diamalkan sejak zaman nenek moyang lagi. Dalam kalangan orang Tatana, aktiviti bercerita dipraktikkan sebagai alat hiburan dan media pendidikan. Sebanyak lima buah etiologikal Tatana telah dikumpulkan dari kerja lapangan yang dijalankan di daerah Kuala Penyu dengan melibatkan informan dari keturunan Tatana. Setelah diamati, dalam penceritaan legenda etiologikal Tatana memaparkan unsur realisme yang digabungkan dengan unsur magis. Unsur realisme terlihat pada latar tempat, dan masyarakat. Manakala, unsur magis pula melibatkan kewujudan makhluk dan alam ghaib, binatang dan objek ajaib, serta sumpahan. Elemen magis dalam penceritaan legenda etiologikal ialah hasil imaginasi dan kreativiti nenek moyang orang Tatana dahulu. Prinsip realisme magis menurut Faris (2004) yang diterapkan dalam analisis secara interpretasi menunjukkan bahawa legenda etiologikal Tatana menghadirkan unsur magis yang diwujudkan dalam dunia sebenar. Justeru, kajian seumpama ini dapat memelihara naratif tradisi Tatana daripada hilang bersama penangon (pencerita) yang kebanyakannya telah meninggal dunia serta dapat menonjolkan kehebatan nenek moyang Tatana menghasilkan legenda Tatana.

Item Type: Article
Keyword: Legenda etiologikal, etnik Tatana, Realisme Magis, unsur-unsur realisme, magissssss
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > GT1-7070 Manners and customs (General)
Department: FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 17 Jan 2025 14:18
Last Modified: 17 Jan 2025 14:18
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42658

Actions (login required)

View Item View Item