Esscom dan penculikan untuk tebusan di pantai timur Sabah, Malaysia

Saiful Zizi Jalil and Ramli Dollah and Mohamad Ikhram Mohamad Ridzuan (2024) Esscom dan penculikan untuk tebusan di pantai timur Sabah, Malaysia. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 1 (1). pp. 1-20.

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (313kB) | Request a copy

Abstract

Sabah merupakan sebuah negeri di Malaysia yang berhadapan dengan ancaman keselamatan terutama dari negara jiran. Salah satu ancaman tersebut adalah insiden jenayah rentas sempadan seperti penculikan bertujuan mendapatkan wang tebusan atau lebih dikenali sebagai Kidnap for Ransom (KFR). Kekerapan KFR terjadi menimbulkan kekhuatiran dalam kalangan masyarakat setempat mengenai keselamatan sehari-sehari. Bukan itu sahaja, ia turut membelenggu para pelancong yang datang melawat negeri ini khususnya di kawasan yang terlibat. Bagi menangani hal ini, kerajaan telah mengambil pendekatan yang proaktif dengan menubuhkan Eastern Sabah Security Command bagi mengawal jenayah KFR daripada semakin berleluasa. Hal ini menunjukkan bahawa salah satu sebab penubuhan ESSCOM adalah untuk menangani KFR. Berdasarkan kenyataan ini, makalah ini cuba untuk mengulas, membincangkan, dan menjelaskan jenayah KFR, faktor yang menyebabkan berlakunya KFR di perairan pantai timur Sabah (kebanjiran pendatang tanpa izin; kurangnya pengawasan anggota keselamatan di kawasan terbabit, jenayah rentas sempadan tradisional seperti penyeludupan barang bersubsidi dan lain-lain), keberkesanan ESSCOM dalam membendungnya. Selain itu, makalah ini berusaha mengenal pasti keterlibatan agensi-agensi lain, suntikan dana kerajaan, peralatan, kerjasama diplomatik, peranan masyarakat setempat dan lain-lain yang berkaitan dalam membendung jenayah KFR ini di kawasan ini.

Item Type: Article
Keyword: Penculikan untuk tebusan, keselamatan, bukan-tradisional, ESSCOM, Sabah.
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV6001-7220.5 Criminology > HV6251-6773.55 Crimes and offenses
K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > K1-7720 Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 17 Jan 2025 14:27
Last Modified: 17 Jan 2025 14:27
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42661

Actions (login required)

View Item View Item