Kajian awal sorotan literatur literasi media dan perubahan tingkah laku kesihatan tahun 2010 hingga 2020

Norhuda Salleh and Nor Adila Samuri and Asmiaty Amat (2024) Kajian awal sorotan literatur literasi media dan perubahan tingkah laku kesihatan tahun 2010 hingga 2020. Manu, 1 (1). pp. 1-27.

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (778kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini meneliti tahap literasi media dan perubahan tingkah laku kesihatan dalam kalangan masyarakat dari 2010 hingga 2020. Masalah kajian berfokus kepada pengaruh literasi media terhadap keputusan kesihatan. Objektifnya adalah untuk meninjau tahap literasi media yang mempengaruhi perubahan tingkah laku kesihatan individu. Kajian ini juga mengkaji kesesuaian pendekatan yang digunakan untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap kepentingan literasi media. Metodologi penyelidikan melibatkan tinjauan literatur secara sistematik terhadap kajian terdahulu menerusi pangkalan data Scopus yang ditulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, yang menawarkan capaian terbuka sahaja. Kata kunci yang digunakan untuk proses pencarian artikel yang menepati kriteria penelitian adalah ‘media’,‘literacy’, ‘communication’, ‘behaviour’ dan ‘health’. Sampel kajian terdiri daripada 402 artikel jurnal, dengan hanya 34 artikel sahaja yang memenuhi kriteria. Dapatan menunjukkan literasi media yang baik mempunyai kemungkinan untuk meningkatkan kesedaran dan membawa kepada perubahan tingkah tingkah laku kesihatan. Kesimpulan menyarankan peningkatan literasi media melalui pendidikan adalah diperlukan agar masyarakat lebih berkebolehan untuk memahami dan menilai informasi yang diterima dengan lebih berkualiti.

Item Type: Article
Keyword: Media, Kesedaran kesihatan, Implementasi tindakan, Kesihatan
Subjects: H Social Sciences > HE Transportation and Communications > HE1-9990 Transportation and communications > HE7601-8700.9 Telecommunication industry. Telegraph
R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 17 Jan 2025 14:29
Last Modified: 17 Jan 2025 14:29
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42667

Actions (login required)

View Item View Item