Perubahan kostum dan aksesori momogun rungus di Kudat, Sabah: satu tinjauan awal

Tang, Zhee Earn and Sim, Chee Cheang and Victor Pangayan (2024) Perubahan kostum dan aksesori momogun rungus di Kudat, Sabah: satu tinjauan awal. Jurnal Kinabalu, 30. pp. 1-19.

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Kekayaan budaya di antara lebih daripada tiga puluh tiga keseluruhan kumpulan etnik di negeri Sabah memang tidak dapat dinafikan. Kekayaan khazanah pakaian tradisional dan aksesori kumpulan Momogun Rungus menjadi tumpuan kajian ini. Kajian ini berfokus kepada impak perubahan masa terhadap warisan budaya ketara (tangible culture), khususnya dalam cara pemakaian kostum dan aksesori kumpulan Momogun Rungus. Kajian ini meneliti impak perubahan dalam pemakaian kostum dan aksesori semasa perkahwinan, perayaan, dan pakaian harian kumpulan Rungus di daerah Kudat. Demi menangani kemerosotan minat golongan remaja Rungus dalam lingkungan dua belas sehingga dua puluh enam tahun terhadap warisan budaya dan adat lama, kajian ini bertujuan meneliti ciri-ciri keaslian pemakaian kostum dan aksesori tradisional akibat impak arus pemodenan bagi mengekalkan identiti sebuah masyarakat. Oleh yang demikian, objektif kajian ini ialah untuk merakam secara visual dan akademik perubahan pemakaian kostum serta aksesori tradisional kumpulan Momogun Rungus demi melahirkan suatu rujukan pada masa hadapan Momogun Rungus. Melalui metodologi kajian lapangan selama dua minggu di Matunggong dan Sumangkap, Kudat, dengan teknik pemerhatian dan temuduga pakar terpilih, informan yang termasuk pemilik rumah panjang, bekas penari tarian tradisional dan warga tua kumpulan Rungus ditemubual untuk mendapatkan maklumat berkenaan persediaan acara tradisional seperti acara perkahwinan dan perayaan kumpulan Rungus (Magahau). Kajian ini ingin merekodkan identiti kumpulan Momogun Rungus dalam bentuk rakaman warisan budaya ketara dengan mendokumentasikan dan menganotasikan khazanah warisan Momogun Rungus, negeri Sabah. Kajian ini mendapati pemakaian kostum dan aksesori tradisional dalam majlis perkahwinan dan Magahau masih dikekalkan mengikut adat lama walaupun pengikisan pengetahuan cara pemakaian nenek moyang telah berlaku.

Item Type: Article
Keyword: Rungus, kostum, Aksesori, Warisan Sabah, Budaya etnik
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > GT1-7070 Manners and customs (General) > GT500-2370 Costume. Dress. Fashion
Department: FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 17 Jan 2025 14:47
Last Modified: 17 Jan 2025 14:47
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42689

Actions (login required)

View Item View Item