Makanan tradisional Melayu Brunei: suatu penelitian konsep dan tafsiran

Nurfarain Abdul Rahman and Mohd. Sohaimi Esa and Dg. Junaidah Awang Jambol (2024) Makanan tradisional Melayu Brunei: suatu penelitian konsep dan tafsiran. Jurnal Kinabalu, 30. pp. 1-17.

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (567kB) | Request a copy

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan untuk menyingkap elemen estetika dari segi konsep dan tafsiran yang terkandung dalam makanan tradisional Melayu Brunei. Makanan tradisional Melayu Brunei bukan hanya menjadi hidangan utama namun juga merangkumi aspek sejarah, nilai sosial dan simbolisme yang diwarisi dari generasi ke generasi akan datang. Lokasi kajian ini hanya berfokuskan di Pantai Barat Sabah sahaja. Seterusnya, pengkaji juga mempraktikkan pendekatan kualitatif dalam kaedah analisis deskriptif bagi memperoleh dapatan kajian melalui dua objektif yang konstruksi berteraskan kajian tersebut. Antara dua objektif kajian tersebut ialah pertama, mengenalpasti konsep dan tafsiran yang tersembunyi pada setiap makanan tradisional Melayu Brunei. Manakala objektif kajian kedua, pengkaji akan menganalisis persepsi masyarakat Pantai Barat Sabah terhadap keistimewaan makanan tradisional Melayu Brunei. Menerusi hasil kajian yang diperolehi, setiap konsep ini mempunyai nilai tradisional yang sememangnya dimiliki oleh masyarakat Melayu Brunei. Meskipun demikian, timbul isu atau cabaran yang boleh menghalang usaha generasi muda dalam memelihara warisan budaya tidak ketara Melayu Brunei ini khususnya kurang aktiviti penyelidikan berkenaan makanan tradisional Melayu Brunei. Rentetan itu, pengkaji mengharapkan agar penyelidikan makanan tradisional Melayu Brunei sentiasa diperbanyakkan oleh pengkaji lain yang bukan hanya menyumbang kepada sistem ekonomi malah menyedarkan masyarakat tentang kewujudan makanan tradisional Melayu Brunei di seantero dunia.

Item Type: Article
Keyword: Makanan tradisional, Melayu Brunei, simbolisme, adat dan budaya, konsep, tafsiran
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > GT1-7070 Manners and customs (General) > GT2400-3390.5 Customs relative to private life Including children, marriage, eating and drinking, funeral customs, etc.
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 17 Jan 2025 14:48
Last Modified: 17 Jan 2025 14:48
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42690

Actions (login required)

View Item View Item