Ismail Maidin (2020) Keberkesanan penggunaan transliterasi Arab-rumi terhadap hafalan bacaan solat dalam kalangan pelajar Sekolah Rendah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES.pdf Download (830kB) |
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (11MB) |
Abstract
Nabi Muhammad SAW berpesan kepada umat Islam agar mengambil perkara yang mudah dan tidak bercanggah dengan Syarak. Konsep Taysir (memudahkan) dan Taskin (menenangkan) dalam berdakwah sesama ummah adalah sangat pelbagai dan tidak boleh dipaksa-paksa. Oleh itu, kajian ini memfokuskan terhadap kesan dan pengaruh penggunaan tulisan transliterasi Arab-Rumi sebagai alternatif, proses gabung jalin dan pemudah cara murid membaca, serta melakukan proses menghafal bacaan solat, berikutan terdapat masalah dalam kalangan pelajar yang belum menguasai hafalan bacaan solat, serta keberkesanan penggunaan transliterasi Arab-Rumi dalam penerbitan semasa belum dibuat ujian keberkesanannya lagi. Metodologi kajian adalah berbentuk kajian kuantitatif kuasieksperimental. Responden kajian pula terdiri daripada 34 orang murid tahun satu yang dibahagikan dalam dua kumpulan, iaitu 17 orang (kumpulan eksperimen) berkursus menggunakan tulisan transliterasi Arab-Rumi, dan 17 orang (kumpulan kawalan) berkursus menggunakan tulisan Arab sepenuhnya. Limitasi kajian pada "bacaan dan hafalan wajib solat; tahiyat akhir" selama tiga jam berkursus sahaja. Dapatan kajian, bilangan berjaya menghafal 100% ialah 13 orang (76%) dalam kumpulan eksperimen dan tujuh orang (41 %) dalam kumpulan kawalan. Seterusnya, semua markah murid diuji menggunakan IBM Statistik Versi 25 dengan Ujian Non-Parametrik dilakukan berikutan Ujian Normaliti tidak normal. Dalam Ujian Wilcoxon, nilai signifikan bagi kedua-dua kumpulan ialah sig. 0.000 iaitu lebih kecil daripada <0.05, iaitu kedua-dua kaedah mempunyai kesan dan pengaruh terhadap hafalan murid. Dalam Ujian Mann Whitney U pula, nilai signifikannya ialah sig 0.031, iaitu lebih kecil daripada <0.05. Oleh itu, penggunaan transliterasi ArabRumi mempunyai pengaruh sebagai tulisan alternatif dalam membaca dan menghafal, serta merangsang motivasi dan pembelajaran kendiri bagi sesetengah murid, tetapi tidak dapat membantu untuk menulis dengan baik. Oleh itu, usaha untuk mahir dalam membaca dan menulis tulisan Arab ialah kunci memahami keindahan bahasa tersebut.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Transliterasi Arab-Rumi, Alternatif pemudahcaraan, Merangsang motivasi, Pembelajaran kendiri, Hafalan bacaan solat |
Subjects: | P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > PJ1-(9500) Oriental philology and literature > PJ6001-8517 Arabic > PJ6073-7144 Language |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 07 Feb 2025 11:29 |
Last Modified: | 07 Feb 2025 11:29 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42713 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |