Kajian jenis pelarut dan pengawalan pembekalan haba dalam pengekstrakan optimum minyak mentah dedak padi Sabah

Cheok, Ee Lein (2010) Kajian jenis pelarut dan pengawalan pembekalan haba dalam pengekstrakan optimum minyak mentah dedak padi Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000599.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian dijalankan untuk mengenalpasti skala pembekalan haba dan jenis pelarut yang sesuai bagi pengekstrakan minyak mentah dedak padi Sabah serta untuk mengkaji kesan gabungan skala pemanasan pengekstrakan optimum dan jenis pelarut yang berlainan ke atas kualiti minyak. Kaedah Soxhlet digunakan dalam pengekstrakan minyak mentah daripada dedak padi spesies MR159. Jumlah sebanyak 72 kali pengekstrakan minyak dilakukan bagi meliputi semua kombinasi parameter kajian. Kajian yang dijalankan adalah berasaskan empat jenis pelarut pengektrakan iaitu etanol, isopropanol, heksana dan eter petroleum dengan skala pemanasan tiga, empat, lima, enam, dan tujuh serta penentuan kualiti minyak mentah asid-asid lemak bebas, nilai asid, nilai iodin dan nilai peroksida. Pengekstrakan minyak mentah dedak padi dengan pelarut etanol menunjukkan peratusan hasil yang paling tinggi (33.54 ± 2.70) pada skala pemanasan tujuh dengan kadar pengekstrakan enam titisan pelarut sesaat manakala peratusan hasil minyak mentah oleh pelarut isopropanol adalah paling tinggi (31.56±5.08) pada skala pemanasan lima dengan kadar pengekstrakan lima titisan pelarut sesaat. Hasil minyak mentah bagi pengekstrakan menggunakan pelarut heksana menunjukkan peratusan yang paling tinggi (33.52 ± 3.15) pada skala pemanasan lima dengan kadar pengekstrakan enam titisan pelarut sesaat manakala bagi pengekstrakan menggunakan pelarut eter petroleum pula, hasil minyak mentah adalah paling tinggi (26.78 ± 1.13) pada skala pemanasan enam dengan kadar pengekstrakan lapan titisan pelarut sesaat. Keempat-empat jenis penentuan kualiti minyak mentah menyimpulkan bahawa heksana merupakan pelarut yang paling sesuai bagi pengekstrakan minyak mentah dedak padi Sabah dengan asid-asid lemak bebas (l0.04 ± 0.03)%, nilai keasidan (20.0 ± 0.32), nilai iodin (35.6 ± 0.4)dan nilai peroksida (0.6±0.1) meQ kg¯¹.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Rice, Sabah rice, Rice crude oil extraction, Heat supply scale
Subjects: T Technology > TS Manufactures
S Agriculture > SB Plant culture > SB1-1110 Plant culture > SB183-317 Field crops Including cereals, forage crops, grasses, legumes, root crops, sugar plants, textile plants, alkaloidal plants, medicinal plants
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 22 Jun 2012 08:07
Last Modified: 23 Oct 2017 11:34
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4275

Actions (login required)

View Item View Item