Simbol dan makna gerak dalam upacara BORIS, kaum Bidayuh di Sarawak

Ratna Fazlinda anak Jelly (2020) Simbol dan makna gerak dalam upacara BORIS, kaum Bidayuh di Sarawak. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (7MB)

Abstract

Upacara Boris di dalam etnik Bidayuh merupakan kewajipan di dalam sambutan perayaan Gawai Dayak. Upacara Boris mempunyai pola pergerakan yang mengandungi makna tertentu namun maknanya kurang diberi tumpuan oleh pengamalnya. Kajian ini membincangkan gerak dan makna yang terdapat di dalam upacara Boris , etnik Bidayuh di Sarawak. Ia juga membincangkan fungsi dayung Boris iaitu wanita Bidayuh yang terlibat di dalam upacara tersebut bagi memenuhi keperluan cara hidup dan kepercayaan etnik Bidayuh. Walau bagaimanapun, fungsi dan peranannya juga kurang dititikberatkan di dalam masyarakat. Kajian ini juga menganalisis gerak yang terdapat di dalam upacara Boris dan hubungkaitnya dengan peranan wanita yang diangkat sebagai dayung boris . Kaedah Laban Movement Analysis (LMA) telah digunakan bagi menganalisis inti gerak yang dilakukan dalam upacara Boris tersebut. Elemen yang terdapat di dalam LMA adalah body , effort , shape dan space yang diperlukan untuk menghasilkan satu komponen effort graph . Di samping itu, teori fungsionalisme dijadikan asas untuk merungkai peranan dayung boris dalam upacara Boris tersebut. Fungsionalisme menjelaskan bahawa setiap unsur mempunyai peranannya sendiri, bergantung pemaknaannya kepada masyarakat mahupun individu. Pendekatan-pendekatan ini digunakan kerana kajian simbol berkait dengan semiotik. Semiotik berpangkal daripada strukturalisme dan tidak boleh berdiri sendiri. Secara tidak langsung, analisis dalam kajian ini juga telah mendokumentasikan prosedur dan tatacara ritual dalam upacara tersebut. Kajian ini memberi pemahaman mengenai gerak dan makna dalam upacara Boris serta menerangkan kepentingan peranan wanita dalam etnik Bidayuh di Sarawak.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Upacara Boris, Etnik Bidayuh, Gawai Dayak, Ritual Budaya, Gerakan Ritual, Dayung Boris, Peranan Wanita Bidayuh
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 11 Feb 2025 11:46
Last Modified: 11 Feb 2025 11:46
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42780

Actions (login required)

View Item View Item