Peranan Lim Goh Tong dalam pembangunan Genting Highlands (1963-2003)

Janakharani R. Murugaiah (2014) Peranan Lim Goh Tong dalam pembangunan Genting Highlands (1963-2003). Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (404kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (15MB)

Abstract

Kajian yang bertajuk “Peranan Lim Goh Tong Dalam Pembangunan Genting Highlands (1963-2003) memfokuskan kepada sejarah perkembangan dan pembangunan Genting Highlands di bawah pimpinan Lim Goh Tong dari tahun 1963 hingga 2003. Kajian ini cuba menjawab permasalahan bagaimana seorang perantau dari China telah berjaya membangunkan Genting Highlands, yakni dari sebuah hutan belantara (Gunung Ulu Kali) menjadi sebuah resort (pusat peranginan) terkenal yang mempunyai satu-satunya kasino di Malaysia. Dengan menggunakan sumber utama (primer) dan sumber sekunder, kajian ini merungkai persoalan tentang apakah faktor yang mempengaruhi pembentukan Genting Highlands pada peringkat awal, apakah peranan yang dimainkan oleh Lim Goh Tong dalam pembangunan pusat peranginan ini, serta bagaimana beliau menangani isu dan cabaran yang dihadapi dalam proses pembangunan Genting Highlands. Peranan Lim Goh Tong dalam membangunkan Genting Highlands membuktikan bahawa beliau seorang yang luar biasa dan berani mengambil risiko. Kritikan daripada orang ramai tidak menjadi kelemahan beliau, sebaliknya menjadi daya pendorong kepada beliau untuk membuktikan bahawa ketekunan dan keyakinan dapat membawa kejayaan. Banyak cabaran dan halangan telah ditempuhi oleh beliau dalam usaha untuk mendapatkan status perintis, pemerolehan tanah, lesen kasino, dan kelulusan untuk melakukan projek pembangunan. Kejayaan beliau dalam pembangunan Genting Highlands di Asia Tenggara sebagai pusat pelancongan telah mempergiat sayapnya dalam industri perkapalan, perladangan, bidang pemajuan tanah, pembuatan kertas, kasino, teknologi maklumat, penjanaan kuasa dan minyak serta gas. Faktor utama kejayaan Lim Goh Tong dalam membangunkan Genting Highlands adalah banyak dipengaruhi oleh pengalaman beliau semasa berada di China dan juga ketika beliau menghadapi alam pekerjaan di Tanah Melayu yang juga telah membentuk keperibadian beliau. Selain itu, Lim Goh Tong yang berkeupayaan dan karisma sebagai usahawan telah berjaya kerana adanya sokongan yang kuat dan galakan daripada kerajaan dan pemimpin-pemimpin politik di Malaysia. Walaupun Islam menjadi agama asal dan kepercayaan ideologi Islam di Malaysia, namun disebabkan pengaruh daripada dasar kerajaan dan sokongan para pemimpin politik menyebabkan Lim Goh Tong membangunkan Genting Highlands. Ia juga telah menjadi sebahagian daripada sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara dalam sektor pelancongan. Tidak dinafikan jika dikatakan nama Lim Goh Tong telah menjadi begitu sinonim dengan Genting Highlands.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Lim Goh Tong, Pembangunan Genting Highlands, Sejarah Genting Highlands, Resort Genting Highlands, Kasino Malaysia, Usahawan Cina
Subjects: H Social Sciences > HC Economic history and conditions > HC10-1085 Economic history and conditions > HC94-1085 By region or country
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 14 Feb 2025 09:57
Last Modified: 14 Feb 2025 09:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42804

Actions (login required)

View Item View Item