Identifying the variables that determine the usage of online invesment platform : An islamic perspective

Haneffa Muchlis Gazali (2014) Identifying the variables that determine the usage of online invesment platform : An islamic perspective. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (463kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Perkembangan pesat teknologi telah meningkatkan populariti internet sebagai saluran penyampaian dalam sektor perbankan. Di Malaysia, perbankan atas talian menjadi trend semasa dalam revolosi elektronik, namun, kadar perkembangan perbankan atas talian tidak selari dengan penggunaan pelaburan atas talian dan ianya tidak menarik minat pengguna perbankan atas talian. Kajian ini telah mendedahkan faktor yang paling berpengaruh dalam menentukan penggunaan pelaburan atas talian. Menggunakan model penerimaan teknologi (TAM) sebagai kerangka teori, kajian ini melanjutkan TAM kepada empat pembolehubah yang lain iaitu, penerimaan keselamatan, penerimaan pulangan kewangan, penerimaan keagamaan dan pandangan Islam. Kajian melalui 246 umat Islam yang merupakan pengguna perbankan atas talian di Kuala Lumpur dan Selangor telah mendedahkan bahawa, tiga daripada enam faktor dimensi penggunaan dalam penyelidikan ini telah menyumbang kepada penggunaan pelaburan atas talian. Hasil kajian mendapati bahawa penerimaan kegunaan, penerimaan keselamatan, penerimaan pulangan kewangan dan penerimaan keagamaan menyumbang kepada penggunaan pelaburan atas talian dalam kalangan pengguna perbankan atas talian. Pendedahan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang menentukan penggunaan palaburan atas talian membuka ruang untuk para penyedia perkhidmatan pelaburan atas talian dalam membangunkan dan mempromosikan sistem yang menjurus kepada keperluan pengguna. Ini adalah penting untuk para penyedia perkhidmatan memahami ciri-ciri tertentu dalam membangunkan sistem pelaburan atas talian dan mengatur strategi untuk pengguna pada masa hadapan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Perbankan atas talian, Pelaburan atas talian, Model penerimaan teknologi, Penerimaan keselamatan, Penerimaan pulangan kewangan, Penerimaan keagamaan, Pandangan Islam
Subjects: H Social Sciences > HG Finance > HG1-9999 Finance > HG1501-3550 Banking > HG1706-1708 Accounting. Bookkeeping
Department: SCHOOL > Labuan School of International Business and Finance
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 04 Mar 2025 07:43
Last Modified: 04 Mar 2025 07:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42834

Actions (login required)

View Item View Item