Abdul Rahman Mad Ali @ Abang (2012) Konflik bersenjata di sempadan Sabah-Kalimantan Timur pada era konfrontasi Indonesia-Malaysia 1963-1966. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES.pdf Download (462kB) |
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (7MB) |
Abstract
Keengganan Sukarno mengiktiraf pembentukan Malaysia hasil cadangan Tunku Abdul Rahman telah menyebabkan Indonesia bertindak melancarkan Konfrontasi. Konfrontasi antara tahun 1963-1966 antara Malaysia dan Indonesia lebih terkenal dengan dasar Ganyang Malaysia. Konfrontasi bermula apabila Indonesia bertindak agresif di wilayah di Brunei, Sarawak dan Sabah. Penyusupan Tentera Penceroboh Indonesia (TPI) ini bermula ke atas wilayah Brunei dan kemudiannya menular ke Sarawak dan Sabah. Penyusupan ini turut dianggotai oleh Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI) dan tentera Sukarelawan Indonesia. Bermula September 1963 hingga Oktober 1966 berlaku banyak serangan ke atas wilayah di sempadan Sabah-Kalimantan Timur (Kaltim). Temubual dengan veteran Konfrontasi Indonesia-Malaysia, sumber arkib serta tentera turut digunakan. Kajian ini mendapati bahawa selain daripada tentera, sumbangan pasukan paramiliter Sabah di sempadan dalam membantu pasukan keselamatan juga turut diketengahkan. Malah kajian ini mendapati bahawa kawasan dominan berlaku penyusupan TPI lebih tertumpu di kawasan Residensi Tawau khususnya, Pulau Sebatik dan Kalabakan.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Konfrontasi Indonesia-Malaysia. Ganyang Malaysia. Tentera Penceroboh Indonesia. Sukarno, Tunku Abdul Rahman, Brunei, Sarawak dan Sabah |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS611-649 Indonesia (Dutch East Indies) > DS633-644.46 History |
Department: | SCHOOL > School of Social Sciences |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 28 Feb 2025 09:39 |
Last Modified: | 28 Feb 2025 09:39 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42844 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |