Pertikaian dalam konteks hubungan antara Malaysia-Singapura

Noralizawati Saidi (2012) Pertikaian dalam konteks hubungan antara Malaysia-Singapura. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (725kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Malaysia-Singapura merupakan dua entiti negara yang unik kerana banyak berkongsi sejarah, politik, ekonomi dan sosial. Meskipun dihimpit dengan pelbagai isu lantaran perbezaan pendapat, namun ia tidak sedikitpun menjejaskan hubungan bilateral yang telah sekian lama dipupuk oleh para pemimpinnya. Hubungan yang penuh simbiotik ini menjadi suatu tarikan untuk dibincangkan khususnya isu yang melibatkan konsesi harga air, pembinaan jambatan dan Pulau Batu Puteh. Ketiga-tiga isu yang berlaku sewaktu pentadbiran Tun Dr.Mahathir, cuba dijelaskan dengan menggunakan pendekatan konsep “issue areas” dalam dasar luar. Tema “issue areas” yang terdiri dari ekonomi domestik, kedaulatan, geopolitik dan kerjasama antarabangsa diaplikasikan kerana ia bersesuaian dengan kajian kes yang ingin menjelaskan bagaimana sesuatu isu boleh mempengaruhi hubungan kedua-dua buah negara khususnya Malaysia-Singapura. Disamping itu, kajian ini turut ingin menyelidik bagaimana sesuatu isu itu boleh memberi kesan kepada hubungan bilateral antara kedua-dua negara. Lantaran itu, bagi merealisasikan kajian ini kaedah menemuramah tokoh akademik dan sumber sekuder seperti membuat rujukan daripada buku, artikel, jurnal, media cetak dan elektronik, telah digunakan. Kajian ini mendapati bahawa tiga isu pertikaian yang dibincangkan memberi kesan ke atas hubungan Malaysia-Singapura. Walau bagaimanapun, ia tidak menjejaskan hubungan bilateral antara kedua-dua buah negara.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Malaysia-Singapura, Hubungan bilateral, Sejarah, politik, ekonomi, sosial, Isu harga air, Pembinaan jambatan, Pulau Batu Puteh, Tun Dr. Mahathir
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS595.8-597.215 History
Department: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 28 Feb 2025 09:40
Last Modified: 28 Feb 2025 09:40
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42850

Actions (login required)

View Item View Item