Aktiviti ekonomi tidak formal rentas sempadan: Implikasi ke atas hubungan dua hala Malaysia- Indonesia

Emilia. R (2014) Aktiviti ekonomi tidak formal rentas sempadan: Implikasi ke atas hubungan dua hala Malaysia- Indonesia. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (9MB)

Abstract

Malaysia-Indonesia selain negara berjiran kedua negara ini banyak sekali persamaan seperti budaya dan juga agama. Namun, kedua-dua negara ini seringkali berhadapan dengan berbagai konflik semenjak awal kemerdekaan. Seperti terjadinya konfrontasi, perebutan pulau Sipadan-Ligitan, permasalahan blok Ambalat, isu pendatang tanpa izin, tenaga kerja dan budaya. Kepelbagaian konflik ini merupakan cabaran besar bagi hubungan kedua-dua negara ini, apatah lagi bahawa konflik ini difahami dan dilihat secara emosional oleh kerana media massa sering memberikan liputan meluas tentang isu-isu yang dihadapi. Suasana ini merupakan salah satu punca ketegangan antara kedua-dua negara ini. Oleh kerana itu, kajian ini dijalankan untuk membincangkan hubungan positif antara kedua negara ini, dengan mengambil kajian kes pada peringkat mikro iaitu melalui aktiviti ekonomi tidak formal merentas sempadan yang terjalin antara komuniti Tawau-Nunukan. Untuk mencapai objektif kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif. Dimana para penggiat aktif aktiviti ini merupakan sumber dominan informan bagi pengkaji. Akhirnya kajian ini mendapati bahawa dalam konteks kajian atau penelitian tentang aspek dua hala (bilateral) didalam disiplin ilmu hubungan antarabangsa, fokus penelitian tidak semestinya tertumpu pada aras makro semata-mata. Malah kajian ini menunjukkan bahawa hubungan keduadua negara ini pada peringkat mikro iaitu kepada komuniti Tawau-Nunukan berada dalam keadaan harmoni. Dalam kehidupan seharian kedua-dua komuniti di sempadan ini mempunyai sikap saling mempercayai antara satu sama lain dan saling bekerjasama dalam urusan ekonomi yang bersifat tidak formal. Hubungan peringkat mikro ini tidak terjejas walaupun pelbagai isu bersifat konflik muncul di peringkat makro antara kedua-dua negara ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Bilateral relations, Malaysia-Indonesia relations, Micro-level relations, Border communities, Tawau-nunukan, Informal economy
Subjects: J Political Science > JZ International relations > JZ5-6530 International relations > JZ1305-2060 Scope of international relations. Political theory. Diplomacy
Department: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 28 Feb 2025 10:04
Last Modified: 28 Feb 2025 10:04
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42870

Actions (login required)

View Item View Item