Isu jenayah: tinjauan dari pendekatan pihak polis dalam pengurangan jenayah di Kota Belud, Sabah

Nor-Ina Kanyo and Norhuda Salleh and Rahim Ahmad and Madzriani Mohd Jony and Nurul Aziati Azizuzita M. Azis and Nurul Syahfiqqah Azzilah Mapiasah (2024) Isu jenayah: tinjauan dari pendekatan pihak polis dalam pengurangan jenayah di Kota Belud, Sabah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 9. pp. 112-122. ISSN 0128-1755

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (309kB) | Request a copy

Abstract

Secara umumnya, jenayah dapat ditakrifkan sebagai kesalahan yang dilakukan oleh individu dengan mempunyai niat untuk melakukan kesalahan itu, kemudiannya individu ini boleh dikenakan hukuman dengan setimpal atas sebab-sebab melakukan kesalahan di sisi undang-undang. Jenayah yang dilakukan oleh individu ini tidak hanya terhad kepada jenayah kecil-kecilan, tetapi jenayah yang dilakukan semakin serius, agresif dan ekstrem. Artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti latar belakang atau senario kes jenayah di Kota Belud, Sabah serta menganalisis statistic data jenayah mengikut catatan balai polis Kota Belud dari tahun 2021 hingga 2022. Wujudnya masalah jenayah ini, kajian juga menjelaskan pendekatan yang diambil oleh pihak polis dalam menangani masalah jenayah yang ada di Kota Belud, Sabah. Dengan menggunakan kaedah kualitatif melalui temu bual secara bersemuka, kajian ini dijalankan di balai polis bersama Asisten Superintendent Polis Kota Belud, Sabah. Hasil dapatan kajian menunjukkan penurunan jumlah indeks jenayah dari tahun 2021 hingga 2022. Selain itu, kajian ini menunjukkan pendekatan pihak polis dalam mengurangkan masalah jenayah telah berjaya di Kota Belud, Sabah secara keseluruhannya. Dapat disimpulkan bahawa kepelbagaian pendekatan dalam usaha mengurangkan masalah perlakuan jenayah di Kota Belud telah menjadikan daerah yang mencatatkan jenayah yang paling rendah di antara semua daerah di Sabah. Diharapkan bahawa hasil dapatan kajian ini dapat dijadikan sebagai bahan rujukan untuk pihak berkuasa dalam menyelesaikan jenayah-jenayah yang ada.

Item Type: Article
Keyword: Jenayah, Indeks, Pendekatan, Kota Belud, Sabah
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV6001-7220.5 Criminology
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV7231-9960 Criminal justice administration > HV7431 Prevention of crime, methods, etc.
Department: INSTITUTE > Borneo Institute for Indigenous Studies
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 17 Feb 2025 14:57
Last Modified: 17 Feb 2025 14:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42883

Actions (login required)

View Item View Item