Komuniti luar bandar dalam sektor pertanian berskala kecil: Adaptasi dan pengalaman mengharungi pandemik covid-19

Ubong Imang and Roben Well and Adi Jafar and Lindah Roziani Jamru and Kee.Y.Sabariah Kee Mohd Yussof (2024) Komuniti luar bandar dalam sektor pertanian berskala kecil: Adaptasi dan pengalaman mengharungi pandemik covid-19. Geografi, 12 (1). pp. 1-13. ISSN 2289-4470

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (489kB) | Request a copy

Abstract

Pandemik COVID-19 telah mengganggu kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat secara global daripada pelbagai aspek, termasuklah komuniti luar bandar yang terlibat dalam sektor pertanian berskala kecil. Kajian ini bertujuan menilai bagaimana komuniti luar bandar dalam sektor pertanian berskala kecil menyesuaikan diri dan mengharungi cabaran yang timbul akibat pandemik COVID-19, di samping mengenalpasti pengajaran yang boleh dipelajari daripadanya untuk diberikan perhatian dalam perancangan pembangunan luar bandar dan sektor pertanian masa hadapan. Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan rekabentuk kajian tinjauan. Data dikumpul melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada 72 ketua isirumah yang terlibat secara langsung dalam sektor pertanian kecil di dua buah kampung yang terletak di kawasan luar bandar Sabah. Hasil dapatan kajian mendapati responden berdepan dengan situasi sukar seperti akses kepada pasaran adalah terhad dan hasil pertanian tidak dapat dipasarkan. Selain itu, didapati berlaku juga lebihan dan pembaziran hasil pertanian, gangguan dalam rantaian bekalan makanan dan tanaman terbiar. Sungguhpun begitu, kajian ini juga mendapati responden menggunakan pelbagai strategi untuk mengurangkan kesan pandemik COVID-19. Antara yang utama adalah seperti menerokai potensi saluran pemasaran alternatif, meneroka kawasan pertanian baharu dan memulihkan kawasan pertanian yang lama ditinggalkan, memproses lebihan hasil pertanian, mengamalkan pertukaran hasil pertanian dengan jiran tetangga dan mengurangkan pergerakan ke kebun dengan bermalam di kebun. Selari dengan dapatan kajian, adalah penting untuk pihak kerajaan berganding bahu dengan komuniti luar bandar dan pihak swasta mewujudkan sistem rangkaian pengagihan dan pemasaran hasil pertanian secara sistematik di kawasan luar bandar, memberi penekanan kepada usaha pengukuhan kesampaian komuniti luar bandar kepada infrastruktur asas, meningkatkan liputan teknologi digital, mewujudkan pusat aktiviti pemprosesan hasil pertanian di kawasan luar bandar, mengalakkan diversifikasi ekonomi pertanian, memperkukuhkan sistem sokongan sosial dan pembangunan sumber manusia. Usaha ini penting dalam meningkatkan daya tahan komuniti luar bandar sekiranya berdepan dengan pandemik seperti COVID-19 pada masa hadapan.

Item Type: Article
Keyword: Pandemik COVID-19, adaptasi, komuniti luar bandar
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education
R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine > RA643-645 Disease (Communicable and noninfectious) and public health
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 24 Feb 2025 15:00
Last Modified: 24 Feb 2025 15:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42919

Actions (login required)

View Item View Item