Penggunaan modul ringkas prinsip Archimedes dalam meningkatkan pencapaian pelajar Fizik di daerah Tenom

Loretta @ Lily Polus (2012) Penggunaan modul ringkas prinsip Archimedes dalam meningkatkan pencapaian pelajar Fizik di daerah Tenom. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (366kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Objektif utama penyelidikan ini adalah untuk mengesan pembelajaran fizik di Daerah Tenom dan juga sebagai usaha untuk mengembangkan pemahaman mereka terhadap satu topik pembelajaran dalam subjek Fizik iaitu Prinsip Archimedes. Sebanyak 50 pelajar terlibat didalam kajian ini melibatkan dua buah sekolah yang berlainan, iaitu bagi sekolah A (terdiri daripada N = 13 lelaki; dan N= 14 perempuan) dan sekolah B (terdiri daripada N = 8 lelaki; dan N= 15 perempuan) yang terletak di daerah Tenom, Sabah. Pelajar kemudian dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu bagi sekolah A kumpulan kawalan (N=13) dan kumpulan rawatan (N=14). Manakala bagi sekolah B kumpulan kawalan (N=11) dan kumpulan rawatan (N=12). Kumpulan rawatan telah didedahkan dengan pembelajaran Modul Ringkas Prinsip Archimedes (MRPA), manakala kumpulan kawalan telah menjalani sesi pembelajaran konvensional seperti biasa. Data dikutip menggunakan borang soal selidik untuk tujuan mengesan minat pelajar sebelum intervensi, Ujian Pra dan Ujian Pasca untuk tujuan mengesan pemahaman pelajar terhadap topik yang telah dipilih. Hasil dapatan menunjukkan min minat pelajar secara keseluruhannya terhadap fizik sebelum intervensi adalah tinggi iaitu nilai min minat, μ=88.44 untuk kedua-dua kumpulan pelajar (rawatan dan kawalan). Penggunaan Modul Ringkas Prinsip Archimedes (MRPA) sekurang-kurangnya membantu meningkatkan pemahaman pelajar-pelajar kumpulan rawatan dikeduadua buah sekolah walaupun tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p>0.05) antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dari segi skor pencapaian dalam ujian pasca. Selain itu terdapat perbezaan ketara yang boleh dilihat antara keduadua sekolah dalam pencapaian Ujian Pasca dimana sekolah B telah mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan dalam Ujian Pasca walaupun pencapaian yang sama tidak dapat dilihat di sekolah A. Dari segi kaitan antara minat pelajar dan pencapaian Ujian Pasca, secara keseluruhannya hubungan antara minat dengan pencapaian pelajar-pelajar dalam subjek Archimedes ialah negatif iaitu r = -0.15.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Physics education, Archimedes' principle, Student interest in physics, Learning modules, Educational intervention, Control group, Treatment group
Subjects: Q Science > QC Physics > QC1-999 Physics > QC1-75 General
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 04 Mar 2025 07:44
Last Modified: 04 Mar 2025 07:44
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42932

Actions (login required)

View Item View Item