Bidah anak Ugong (2013) Pengurusan warisan budaya ketara : tapak arkeologi dan monumen bersejarah Negeri Sarawak, 1947 - 2010. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES.pdf Download (749kB) |
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (15MB) |
Abstract
Kewujudan institusi pemuziuman di Sarawak seawal tahun 1891 adalah titik tolak kepada perkembangan pengurusan warisan budaya ketara Sarawak yang merupakan salah satu entiti perkhidmatan awam negeri tersebut. Setelah pembentukan Malaysia pada tahun 1963, pengurusan warisan budaya Sarawak diperkemaskan lagi dengan meletakkan Jabatan Muzium Sarawak di bawah Kementerian Tempatan Negeri pada tahun 1964. Namun penyelidikan warisan budaya dalam konteks disiplin sains dan non-sains hanya dilakukan selepas Perang Dunia Kedua dengan perlantikan Tom Harrisson sebagai kurator di Jabatan Muzium Sarawak. Beliau bertanggungjawab menjemput para sarjana untuk mengkaji pelbagai aspek tinggalan budaya dan semulajadi negeri ini. Bagi aktiviti konservasi, ia hanya menyusul beberapa tahun kemudian setelah timbul kesedaran untuk memanfaatkan warisan budaya sebagai produk pelancongan. Usaha mengekalkan dan melindungi kekayaan bentuk warisan budaya turut dilakukan dengan pengubalan satu ordinan khusus. Akan tetapi tinggalan budaya Sarawak masih berdepan dengan ancaman pembangunan dan vandalisme warisan. Hanya melalui kerjasama di antara pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pengurusan warisan Sarawak sahaja dapat memulihara dan memelihara warisan ini supaya ia dapat diwariskan kepada generasi akan datang.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Sarawak, Warisan Budaya, Institusi Pemuziuman, Pengurusan Warisan, Konservasi Warisan, Tom Harrisson, Pelancongan Budaya |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism |
Department: | SCHOOL > School of Social Sciences |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 04 Mar 2025 07:48 |
Last Modified: | 04 Mar 2025 07:48 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42980 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |