Nurul'Azah Mohd. Yaakub (2010) Pembangunan kordial jus campuran Timun (Cucumis sativus) dan Limau Nipis (Citrus aurantifolia). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000609.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Projek penyelidikan ini dijalankan dengan tujuan untuk menghasilkan kordial campuran timun dan limau nipis. Sebanyak 8 formulasi telah dihasilkan. Tiga formulasi terbaik dipilih berdasarkan penilaian sensori menggunakan ujian pemeringkatan dan seterusnya satu formulasi terbaik ditentukan melalui ujian hedonik. F4 adalah formulasi terbaik dengan mengandungi 49% kandungan gula, 0.36% asid sitrik, 0.04% natrium benzoat, 0.40% gam xanthan, dan 25.6% air. Keputusan anal isis proksimat bagi kordial campuran timun dan limau nipis menunjukkan bahawa kordial ini mempunyai 45.03 ± 0.43% lembapan, 0.83 ± 0.19 % abu, 1.71 ± 0.37% sera but kasar, 0.49 ± 0.00% protein, 0.00 ± 0.00% lemak, dan 51.94 ± 0.00% karbohidrat. Keputusan analisis fizikokimia kordial campuran timun dan limau segar pula adalah 57.00 ± 0.00 °8rix bagi jumlah pepejal larut, 2.67 ± 0.01 nilai pH, 0.33 ± 0.01 % nilai keasidan, 13.00 ± 0.20mg/l00g. bagi kandungan Vitamin C, dan 345.00 ± 20.00 cP bagi kelikatan. Bagi kajian mutu simpanan, ujian fizikokimia, ujian mikrobiologi serta penilaian sensori melalui ujian perbandingan dijalankan. Selama tempoh penyimpanan 8 minggu, nilai pH kordial campuran timun dan limau menurun dan berkadar songsang dengan nilai keasidan. Jumlah pepejal larut tidak didapati berubah selama 8 minggu. Keputusan ujian mikrobiologi menunjukkan kordial campuran timun dan limau masih selamat diminum selepas 8 minggu. Penilaian sensori melalui ujian perbandingan berganda menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi atribut warna, aroma timun, aroma limau nipis, rasa timun, rasa limau nipis, dan penerimaan keseluruhan antara sampel kordial campuran timun dan limau nipis selama 8 minggu dan sampel kordial campuran segar. Kajian pengguna telah menunjukkan bahawa sebanyak 78% daripada 100 respondan menyukai kordial campuran ini. Bagi tinjauan pemasaran pula, 70% daripada 100 respondan berminat untuk membeli kordial campuran timun dan limau nipis.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Cordial, Cucumber, Lime, Mixed cordial cucumber and lime |
Subjects: | T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > TP500-660 Fermentation industries. Beverages. Alcohol |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 29 May 2012 13:34 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 11:37 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4299 |
Actions (login required)
View Item |